Inilah Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas Mengaku Jadi Pondan Semula

Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas Mengaku Jadi Pondan SemulaInilah Luahan Panjang Lebar Safiey Ilias Selepas Mengaku Jadi Pondan Semula

BACA: Penat Jadi Baik, Akhirnya Safiey Ilias Tekad Jadi Pondan Semula

Susulan pengumuman dari Safiey Ilias mengenai perubahannya kembali menjadi pondan, terbaru di laman facebooknya beliau menulis luahan panjang lebar mengenai keputusannya itu.

Atas luahan panjang lebar itu dapat disahihkan bahawa akaun instagramnya tidak digodam seperti yang disangkakan oleh ramai orang.

Safiey Ilias dalam kenyataannya berkata:

Ig ni ig betul saya. Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers.

Ikuti kisah penuh luahan Safiey Ilias ini….

Assalammualaikum semua. Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar. Cuma ini luahan saya.

Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah. Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai. Saya jadi pondan orang hina, saya jadi lelaki pun orang hina dan orang pertikai. Ada yang kata saya tunggang agama, ada yang kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari. 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya. Saya dah jadi lelaki pun orang tanya mana misai dan janggut saya. Entah lah. Saya fedup.

Terus terang cakap saya penat sangat-sangat dan tak tahu nak tuju kemana lagi untuk bawak diri. Setiap apa yang saya lakukan semua orang masih tak puas hati. Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dengan pelbagai kata-kata hinaan. Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni. Sumpah saya penat sangat-sangat. Sana sini orang fitnah, dan orang tak habis-habis kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Memang agaknya korang tak boleh pisahkan dua benda ni daripada saya. Maaf tapi bisnes saya dah meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi. Tak perlu nk cakap saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down, nak bayar Hummer tak boleh bayar, saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup, dan bermacam lagi dakwaan lain. Saya penat lah dengan semua ni. Saya tak penah ada masalah kewangan!

Saat ni, hari ni, saya betul-betul nak mintak maaf dekat semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada penghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya, saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus-putus. Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan korang semua bila saya jadi baik pun orang bercakap. Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya.

To all my family, saya mintak maaf sangat-sangat sebab kecewakan harapan akak-akak saya dan mak ayah saya. Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yang saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa. Tak perlu libatkan mereka apa-apa dan tak perlu nak blame mereka macam korang blame saya. Keputusan saya ni biarlah saya yang tanggung dan biarlah saya yang hadap. Hanya family yang tahu apa yang saya lalui.

Kepada kawan-kawan saya terutama Harry Zulkifli, aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yang berliku dan pedih ni. Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dulu tapi aku yang terkandas dulu. Aku dah penat sangat-sangat dan ko sendiri yang tahu apa aku lalui. Teruskan melangkah dan doakan aku.

Kepada Sheikh Sulaiman, Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korang baik sangat-sangat dan sentiasa beri moral support pada saya. Thanks u jugak kepada orang kuat Al Hijrah yang mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi. Thanks u juga pada ustaz-ustaz dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi. Maafkan saya buat anda semua kecewa.

Akhir kata, doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Thanks u sangat-sangat sebab korang sentiasa mendoakan saya. Harap Allah beri ruang untuk saya.

So sorry sahabat-sahabat semua. Saya penat. Lepasni korang nak cakap apa korang cakap lah saya dah tak kesah. Now saya buktikan kepada korang semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dulu sebelum saya berhijrah lagi. Biarlah saya menjadi diri saya sendiri. Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa-apa dah pasal isu ni. Orang dah jadi jahat dan jahil, nk cakap apa pun cakap lah dah memang kita jadi jahat.

Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers. Pelik-pelik korang ni. Saya give up. Sorry again. Wasalam. Nite

Latest Comments
  1. Mae |
  2. Din |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info