JDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero Yang Mengejutkan Ramai

Perpindahan JuanJDT Dedahkan Nilai Perpindahan Juan Martin Lucero Yang Mengejutkan Ramai

Juan Martin Lucero. Sebelum ini skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) berjaya mendapatkan khidmat penyerang, Juan Martin Lucero, 24, daripada kelab terkemuka Argentina, Independiente sebagai pemain import keempat mereka pada musim 2016.

Pihak JDT berbelanja besar untuk mendapatkan pemain ini bagi musim 2016. Menghadapi musim depan 2017 JDT seakan-akan mahu melepaskan Juan Martin Lucero.

Ketika ini juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi bayangan untuk melepaskan Juan Martin Lucero kepada sebuah kelab Mexico yang berminat mendapatkan khidmat penyerang import dari Argentina itu.

Menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya berkata Lucero akan dijual pada harga US$2.5 juta (RM11.206 juta) berbanding US$1.5 juta (RM6.723 juta) ketika mendapatkan pemain itu.

Skuad Harimau Selatan sebelum ini melepaskan rakan senegara Lucero, Jorge Pereyra Diaz kerana pemenang Anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) Liga Super 2016 itu dilaporkan meminta gaji yang tinggi. Baca sini: Tidak Mampu Bayar Gaji Diminta Diaz, Ini Yang Dilakukan JDT

Ingin tahun lebih lanjut mengenai biodata Juan Martin Lucero? Jom baca biodata penuhnya di bawah ini:

Biodata Juan Martin Lucero

Berikut adalah biodata Juan Martin Lucero:

  • Nama Penuh : Juan Martín Lucero
  • Warganegara : Argentina
  • Tempat Lahir : Mendoza, Argentina
  • Tarikh Lahir :  30 November 1991
  • Umur : 24 tahun
  • Tinggi : 1.79 meter
  • Posisi : Centre Forward/ Attacking Midfielder

Rekod Permainan

2015 (Independiente) : 18 Penampilan & 5 Gol
2014 (Independiente) : 15 Penampilan & 4 Gol
2010 – 2014 (Defensa y Justicia) : 37 Penampilan & 24 Gol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info