Johor FA telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan.

Mengikut laporan akhbar The Star, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di laman Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.

Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA.

“Ejen kami telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Buat masa ini tiada apa-apa pengesahan. Kami masih mencuba untuk mendapatkannya,” kata Tunku Ismail melalui Twitternya

Comments

comments

Powered by Facebook Comments