jom jatuh cinta dekat Allah.

 

kenapa kita perlu jatuh cinta dekat Allah? asking ourself first before we ask another person. yes. sekarang aku tengah tanya dekat diri aku sendiri.

 

kenapa aku perlu jatuh cinta dekat Allah? kenapa perlu jatuh cinta kepada Islam?

Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. Surah Al-Fatihah. ayat 5.

ya. hanya kepadamu Ya Rabb, kami hanya menyembah dan puja. tiada yang lain. tahu tak apa itu love letter? jangan dipikir bahawa love letter itu hanya surat cinta daripada pakwe kepada makwe. dan daripada makwe kepada pakwe. Allah SWT ada juga turunkan surat cinta kepada kita.

 

al-quran.

 

asking ourself again, berapa banyak kali kita baca al-quran dalam sehari?

sekali?

dua kali?

tiga kali?

 

aku? aku baca sekali je. hee. tapi lebih elok la baca sedikit daripada tidak membacanya langsung kan? kita harus ingat bahawa al quran yang akan memayungi kita pada hari akhirat kelak. al quran juga yang akan melindungi kita dari azab api neraka. al quran juga yang akan menenangkan kita di alam kubur nanti.

it’s all about al quran.

 

love letter from Allah SWT to us. He already gave it to our Rasulullah so that Rasulullah SAW can give the Quran to his ummat. which is us. ya. kita la umat Rasulullah SAW yang patut berbangga dengan kitab suci al quran. yang kini masih suci terpelihara.

yes. i know. ada beberapa orang durjana yang telah cuba mengubah maksud dan ayat al quran. one question again that you must ask to yourself,

berjaya ke mereka?

and of course not. soalan yang tak memerlukan korang perhabis sel sepuluh juta tan pun. before each of us get married, kita mesti mempersiapkan diri kita dengan ilmu-ilmu agama. macam mana nak bimbing keluarga. macam mana nak latih anak jadi elok dan bagus. macam nak bagi dan membentuk sebuah keluarga yang bahagia.

i believe. *eceh wah, da macam Dato’ Bandar bagi ucapan* semuanya berasal dari Al-Quran. semua isi-isi dalam Al-Quran ada menceritakan kesemuanya. aku amik contoh.

semasa isteri sedang mengandung, kita boleh suruh isteri membaca beberapa surah pilihan seperti

Surah Luqman supaya anak boleh jadi bijak pandai,

surah Yusuf supaya anak boleh jadi kacak,

surah Maryam supaya anak boleh menjadi cantik.

tapi of course la, all of that dengan izin Allah. yang penting kena ada usaha dan kesungguhan serta istiqamah. banyak la lagi. dan aku pun malas nak senaraikan semuanya. haha. mungkin dalam badan aku ni ada gene pool sloth kot. sebab tu gaya pemalas dia over dover.

yang penting. tidak terlambat lagi kalau nak baca Al-Quran. jangan apabila nyawa di hujung nafas, baru sibuk nak carik Quran.

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Surah Al-Insyirah. ayat 5.

yes. aku selalu pegang ayat ini. dan aku percaya janji Allah. :) till then. babai. assalamualaikum.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments