Sebuah bot mewah berharga $3.2 juta (RM 10.17juta) dilaporkan karam di Pelabuhan Lake Tahoe. Kapal mewah tersebut, Sierra Rose dilaporkan separuh tengglema dan punca kejadian masih belum diketahui. Bot mewah tersebut dilaporkan baru dibeli oleh pemiliknya.

Saksi mengatakan mereka terdengar bunyi letupan dan seseorang menjerit sebelum kapal tersebut mula tenggelam. Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut dan dilaporkan sekumpulan penumpang berada dia dalam kapal tersebut.

Pada malam kejadian, pemilik kapal mewah tersebut dikatakan memandu kapal tersebut. Sierra Rose merupakan bot mewah terbesar di Utah Lake. Ia dilengkapi landasan helikopter sendiri, spa dan berbagai lagi. Penumpang boleh menyewa Sierra Rose dengan harga $2000 dolar untuk satu malam. Namun bot mewah terbabit mendapat kritikan kerana rupanya yang boleh dianggap “hodoh” dan tidak menepati piawaian bot mewah.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments