Kali ini saya nak berkongsi resepi kari ikan, sangat simple dan sedap.

Bahan-bahannya:-

  • 600 gm ikan kembung
  • 6 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 6 helai daun kari
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • 6 batang kacang bendi (dipotong dua)
  • 3 biji tomato (dipotong empat)
  • 2 biji cili merah (dibelah dua)

Bahan kisar:-

  • 80 gm udang kering
  • 240 gm bawang merah kecil
  • 25 gm cii kering

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga terbit baunya.
  3. Masukkan pula serbuk kari ikan, halba campur, daun kari dan tumiskan selama tiga minit.
  4. Selepas itu, masukkan pula pati asam jawa dan santan cair. Diikuti pula dengan terung bulat.
  5. Panaskan dengan api yang kecil sebelum memasukkan santan pekat berserta ikan dan kacang bendi.
  6. Setelah mendidih, masukkan pula garam, tomato dan cili merah. Sedia dihidang, enak dimakan dengan nasi putih yang masih panas. Selamat mencuba!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments