Gambar karikatur di laman web/portal berita mynewshub.my hina Ulamak Islam. Kepada pembaca yang gemar membaca berita online sudah pasti mengenali laman web atau portal berita MyNewsHub. Walaupun portal berita ini masih baru tetapi boleh dikatakan antara portal berita online baru yang sangat berjaya.
Jika dilihat pada ranking Alexa, MyNewsHub berada di ranking ke-76 senarai laman web/blog di Malaysia. Disini jelaslah bahawa portal berita itu adalah salah satu portal berita yang mempunyai pengaruh dan pembaca yang ramai di Malaysia. Jika sebelum ini portal MyNewsHub menyampaikan berita lebih kepada isu semasa yang berlaku di Malaysia dan luar negara.
Tetapi sejak akhir-akhir ini Ammar sebagai pembaca setia MyNewsHub sendiri sangat kecewa dengan portal berita itu. Dilihat akhir-akhir ini kebanyakan berita di MyNewsHub berunsurkan politik. Sebagai seorang pelajar di salah sebuah IPTA sememangnya kurang suka dengan berita berunsurkan politik yang disampaikan di laman web itu.
Hal ini demikian kerana seringkali laman-laman politik menyampaikan info yang sentiasa menimbulkan kontroversi dan kemarahan berlainan fahaman politik. Isu kutuk mengutuk sesama bangsa sering menjadi lumrah dalam blog berunsur politik. Sebagai ahli akademik haruslah berfikiran secara positif dan pandai mengambil yang mana info baik dan mengelakkan info yang tidak baik.
Terbaru, Ammar sangat kecewa dengan portal berita online ini apabila dalam satu artikel bertajuk “Semua Tuntutan Dipenuhi, BERSIH Kini Ingin Menuntut Putrajaya”, penulis di portal berita ini telah memuatnaik gambar yang secara jelas dan terang menghina Ulamak Islam.
Dalam gambar karikatur itu kelihatan Ambiga iaitu pengasas Bersih bersama-sama Sasterawan Negara, A Samad Said, dan pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang duduk dalam keadaan bertafakur atau yoga. Seperti sedia maklum bahawa yoga adalah haram di dalam Islam tetapi kenapa karikatur seolah-olah menghina Islam dipaparkan di dalam laman web itu? Gambar itu secara jelas memang menghina Ulamak Islam dan Islam.
Jika ada yang berkata itu “Ulamak Islam Politik” tetapi bayangkan jika gambar orang Islam lain diperlakukan sedemikian. Adakah kita masih menggunakan alasan fahaman politik juga? Gambar itu betul-betul menghina Islam. Pihak MyNewsHub haruslah bertanggungjawab dengan karikatur yang menghina Islam itu.
Comments
Powered by Facebook Comments


Assalamualaikum, ini satu penghinaan pada ULAMA MALAYSIA saya harap laman blog ini memohon maaf dan delete terus gambar nie…setiap perbuatan akan dituntut di akhirat kelak…sesungguhnya ULAMA inilah yang kita gunakan untuk menjadi rujukan dala kehidupan kita slepas kewafatan NABI MUHAMMAD SAW.
Wallahualam
akak weekend x on9 so x bc le mynewshub ni.. kalau bc tentu bengang juga..
ulama nie kan pewaris nabi,hina ulamak sama la hina Nabi…
apa la…taksub sangat dengan politik sampai hina ulamak
Astaghfirullah. Ni bukan saja menghina Ulamak, tapi menghina Islam itu sendiri..Jelas amalan Yoga haram di sisi Islam…insaflah…
rasanya, kalau rasa tak elok entri tersebut, tak payah disebarkan gmbr tersebut, buat terus laporan agar digam blog/portal terbabit. itu lagi elok. itu pandangan saya lah.
Salam.
Kalau Gambar tu tak elok.., sebaiknya tidak disebarkan. Tutup gambar ulama yang dimaksudkan dengan tanda X supaya tidak sama-sama bersubahat dengan portal berita terbabit.