Home / Info / Keajaiban Amalan Berpuasa Bagi Manusia dan Umat Islam

Keajaiban Amalan Berpuasa Bagi Manusia dan Umat Islam

 

PERGOLAKAN CINTAPENYELIDIK ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/ racun-racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

 

Satu: Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubatan moden.

 

Kedua: Puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat menajamkan minda. Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal berkesan.

 

Dr. Alan Cott, seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi telah membuktikan bahawa puasa boleh mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan orang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang tidak berpuasa.

 

Ketiga: Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.

 

Keputusan didapati, kongres itu telah menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas. Rupanya sama dengan 4 resolusi Pertubuhan Kesihatan SeDunia dalam mengenal pasti pelbagai punca penyakit masa kini disebabkan sindrom metabolik. Empat perkara yang sama itu ialah:-

 

 

1. menurunkan gula darah,

2. tekanan darah,

3. lipid darah dan

4. berat badan atau obesiti.

 

Jadi, berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

 

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan, “Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.” Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran menyatakan, dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

 

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu, perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

 

P/S: Tapi sayang kerana masih ramai lagi yang tidak mahu berpuasa dengan pelbagai alasan malah tanpa segan silu mereka makan, minum dan menghisap rokok di kawasan umum. Malah tidak pula menggantikannya selepas bulan Ramadhan. Selepas ini marilah sama2 kita menunaikan ibadah wajibb dan sunat ini kerana ternyata bukti saintifik amalan berpuasa itu ditetapkan untuk kesihatan manusia bukan untuk sesiapa, betapa sayangnya Allah pada hambaNya sedangkan kita yang sering kali lalai, semoga dosa2 kita diampuniNya, amin. Namun tetapkanlah Nawaitu yang benar  iaitu”Aku Berpuasa Kerana Allah” bukan kerana hal2 dunia yang lain.

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close