Ramai orang akan bertanya mengapa wanita yang sudah berusia tidak mahu menamatkan zaman bujang mereka. Ada yang membuat andaian bahawa mereka terlalu mengejar kerjaya. Tapi bila usia telah menginjak ke usia 30-an, dan masih belum sedia menamatkan zaman bujang ibu bapa dan keluarga mula bising dan campur tangan.
Ramai yang tidak suka bila keluarga mula campur tangan, mereka merasakan hidup mereka dah cukup sempurna dengan kerjaya yang baik dan kedudukan kewangan yang kukuh. Pasangan? biarlah dulu kata mereka. Bila jodoh nampak sukar untuk si anak ibu bapa mula mengatur langkah tanpa bertanya perasaan anak. Kita selalu tidak peka kepada perasaan wanita berusia yang lambat menemui jodoh ni. Sebenarnya bukan faktor belum bertemu yang berkenan di hati menjadi punca,tetapi ramai wanita yang lewat berkahwin ini mengalami trauma akibat kekecewaan lalu.
Kekecewaan yang amat mendalam buat mereka serik dan mula tidak percayakan cinta lelaki. Biasanya wanita yang pernah alami kekecewaan yang teruk akan mula mencari jalan menjauhi lelaki yang mula tertarik kepada dirinya. Bukan faktor paras rupa atau keturunan tetapi kekecewaan lampau belum mampu diubati dan memulihkan semangat mereka untuk hidup berpasangan.
Bagi keluarga yang menghadapi masalah anak atau adik beradik yang pernah kecewa dan tidak mahu memulakan langkah untuk berumah tangga apa kata bawa ajak mereka berfikir tentang jodoh dan aturan qada’ qadar Allah. Usah dikenang perkara lalu kerana ia amat menyakitkan. Itu bukan jodoh kita jika kasih terputus di tengah jalan. Apa yang penting percayakan janji Allah bahawa hidup kita dijadikan berpasangan, bukan untuk bersendirian.
Hidup berpasangan amatlah besar ganjarannya terutama bila melakukan ibadah, cari ruang dan jalan penyelesaian untuk merawat luka lama, pandang ke hadapan untuk mula mengorak langkah menuju kebahagiaan. Setiap orang berpeluang untuk menikmati kebahagiaan.
Comments
Powered by Facebook Comments

