Kelantan Sah Juara Liga Super 2012
Kelantan dinobatkan Juara Liga Super 2012 selepas berjaya membelasah Perak 6 – 0 di Kota Bharu dan mengumpul 57 mata berbaki 2 perlawanan
Pada perlawanan menentang Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baru, The Red Warriors mencatat kemenangan besar 6-0 mengumpul 57 mata. Manakala Lions XII memastikan Naib Juara milik mereka dengan 50 mata apabila jauh meninggalkan pasukan di tempat ketiga iaitu Selangor dengan perbezaan 10 mata.
Gol-gol kelantan dijaringkan oleh Indra Putra(3gol) Ghaddar, Badhri Radzi dan Nurul Azwan Roya.
Kelantan yang juga Naib Juara Piala Sumbangsih, Juara Piala FA akan turut beraksi di pusingan suku akhir Piala AFC menentang kelab Arbil dari Iraq pada bulan September nanti.
Comments
Powered by Facebook Comments

