Kerajaan Negeri Kelantan mengumumkan 21 Oktober ini sebagai cuti peristiwa atas kejayaan The Red Warriors mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 hari ini.
“Setelah mendapat persetujuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, makakerajaan negeri bersetuju memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan.“Kita mahu penyokong setia Kelantan pergi dan pulang tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Insya-ALLAH, semoga Kelantan dapat membawa pulang Piala Malaysia ke negeri ini sekali lagi,” katanya.
Final Piala Malaysia Sabtu ini menyaksikan pertemuan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Comments
Powered by Facebook Comments

