Home / Info / Kelebihan Bulan Ramadhan

Kelebihan Bulan Ramadhan

Kelebihan Bulan RamadhanAssalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blogammar.com. Sedar tak sedar sudah memasuki bulan yang paling mulia iaitu Bulan Ramadhan. Seperti yang kita ketahui bulan ramadhan semua umat Islam seluruh dunia diwajibkan berpuasa bermula terbit matahari sehingga lah terbenam. Pada ketika itu umat Islam perlulah menahan diri dari hawa nafsu.

Memang ramai yang telah tahu mengenai kelebihan bulan Ramadhan, tetapi tidak salah rasanya kalau Mat ingin mengingatkan para pembaca mengenai kelebihan-kelebihan bulan yang mulia ini. Pada bulan ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu setiap fasa terbahagi kepada 10 hari.

10 malam pertama disebut dengan malam rahmat, 10 malam kedua disebut dengan malam maghfirah iaitu keampunan dan 10 malam ketiga disebut dengan itqum minannar iaitu kebebasan dari api neraka.Dlam ketiga-tiga fasa ini, fasa yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam ialah fasa ketiga.

Ini kerana salah satu malam itu akan
dinamakan Lailatul Qadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan. Sepuluh
malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan
memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan
berbuat ibadat.

Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan
ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya.
Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,
baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun
beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)
isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

4 comments

  1. ramadhan yg mulia.

  2. BULAN RAMADHAN PENUH BERKAH

  3. bulan yang mulia dan amalan yang baik dunia dan akhirat…

  4. BULAN yg penuh barokah……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge