Home / Islam / Kenapa Umat Islam Mencium Hajar Aswad(Batu Hitam) Dalam Ka’abah?

Kenapa Umat Islam Mencium Hajar Aswad(Batu Hitam) Dalam Ka’abah?

Hajar Aswad

 

Adakah Hajar Aswad tersebut mempunyai kelebihan sehingga umat islam berebut mahu menciumnya? Bahkan ada yang sampai mati terpijak semasa berebut mahu mencium Hajar Aswad. Adapun jawapannya kita boleh rujuk Hadith Nabi yang dilaporkan oleh umar :

 

“Muhammad menghadap ke Hajar Aswad dan mengusapnya, lalu dikucupkan kedua bibirnya sambil menangis yang agak lama. Umar juga menangis agak lama, Nabi berkata ” Hai Umar, disinilah ditempatkan air mata yang tidak sedikit banyaknya” (dilaporkan oleh Hakim).

 

Umat Islam (Muslim) mencium hajar aswad bukan disebabkan oleh kemuliaan hajar aswad ataupun kuasa gaib tetapi kerana mengikut amalan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad mencium hajar aswad sebagai penghormatan dan pengakuan nilai-nilainya serta mengambil berkah daripadanya. Allah telah melebihkan sebahagian batu daripada batu-batu yang lain sebagaimana Allah lebihkan Masjidil haram dan Masjidil ‘Aqsa daripada masjid-masjid yang lain, begitu juga Allah melebihkan negeri, malam, dan bulan daripada yang lainnya.

 

Di samping itu disyariatkan mencium hajar aswad sebagai bukti ketaatan kepada Allah iaitu kesaksian bagi yang betul-betul ta’at kepada Allah, bukan sebab kemuliaan batu tersebut. Hal ini serupa dengan perintah Allah kepada Iblis untuk menyembah Adam tetapi Iblis ingkar. Allah menyuruh Iblis menyembah Adam bukan disebabkan oleh kemuliaan Adam tetapi menguji ketaatan Iblis kepada Allah.

 

Hajar aswad adalah satu-satunya bukti peninggalan peletakan batu pertama oleh Abraham (Nabi Ibrahim) semasa mula-mula membina rumah Ibadah yang pertama iaitu Ka’bah. Ini dibuktikan dalam kata-kata yang diungkapkan oleh Pemimpin Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad iaitu Umar Bin Khatab, katanya :

 

Umar menelungkupkan kepalanya ke hajar aswad dan berkata: “Sungguh, saya bukan tidak tahu bahawa engkau ini hanyalah batu! dan sekiranya saya tidak melihat Muhammad mencium dan mengusapmu, tidaklah saya akan mencium dan mengusapmu pula! Sungguh Muhammad menjadi ikutan yang baik bagimu”

 

Pada masa yang lain Umar mendatangi hajar aswad dan menciumnya, kemudian katanya¬†” Saya tahu bahawa engkau adalah batu yang tak dapat memberi kebaikan ataupun keburukan! dan seandainya saya tidak melihat Muhammad menciumnya, tidaklah saya akan menciummu pula”.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

One comment

  1. ALHAMDULILAHH..dng izin Allah dah bnyk kali dpt mencium nya..walau dng cara berebut-rebut..dan hampir pengsan..di-buat nya…Allahuakbarr…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close