AWAN NANO JUARA ANUGERAH JUARA LAGU KE-26
Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-26 telah melabuhkan tirainya semalam. Keputusan penuh AJL 26, Awan Nano telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-26 sekaligus membawa pulang trofi wang tunai RM 35,000. Lagu Awan Nano yang dinyanyikan oleh Hafiz turut menang bagi kategori vokal terbaik AJL 26.
Tahniah diucapkan kepada Hafiz kerana berjaya merangkul kedua-dua anugerah iaitu Juara AJL dan vokal terbaik AJL ke-26. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada para pemenang kategori lain. Berikut adalah senarai pemenang AJL Ke-26:
JUARA: AWAN NANO – HAFIZ
NAIB JUARA: BERIBU SESALAN – NING BAIZURA/JACLYN VICTOR/SHILA AMZAH
TEMPAT KETIGA: KARMA – FAIZAL TAHIR
PERSEMBAHAN TERBAIK: KISAH HATI – ALYAH
VOKAL TERBAIK: AWAN NANO – HAFIZ
JUARA MOBILE: SEDETIK LEBIH – ANUAR ZAIN
Comments
Powered by Facebook Comments
