Keputusan Penuh dan Terkini Piala FA 27 Mac 2012
Jika dilihat dengan keputusan penuh perlawanan suku akhir pertama Piala FA yang berlangsung pada 24 Mac lalu, Kelantan kini berada di kedudukan selesa kerana berjaya menewaskan KL SPA FC dengan keputusan penuh 3-0.
Pasukan yang perlu bekerja keras bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir sudah pastinya pasukan Terengganu kerana berjaya menang tipis ke atas Lions XII dengan 1-0 pada peringkat suku akhir pertama Piala FA. Perlawanan yang berlangsung di tempat lawan(Singapura) sudah pasti memberi kelebihan kepada Lions XII tetapi dengan kegigihan dan semangat semestinya Terengganu boleh menewaskan Lions XII malam ini.
Selain itu, pasukan yang menang tipis pada peringkat suku akhir pertama 24 Mac lepas adalah pasukan Sime Darby melawan Johor FC dengan keputusan 3-2. Kedah dan T-Team masing-masing seri 0-0 pada perlawanan suku akhir pertama. Pasukan manakah yang bakal melangkah ke separuh akhir? Sama-sama kita saksikan malam ini.
Keputusan Penuh Suku Akhir Kedua Piala FA 27 Mac 2012
T-Team 1 - 2 Kedah
KL SPA FC 0 – 2 Kelantan
Lions XII 0 – 0 Terengganu
Johor FC 1 – 2 Sime Darby
Comments
Powered by Facebook Comments
