Pasti ramai yang menggemari masakan ketam, jika makan di restoran ketamnya sedikit dan harganya mahal bukan? Saya mahu ;-berkongsi resepi ketam masak cili yang sangat menyelerakan. Dan anda boleh masak sepuasnya :-)

Bahan-bahannya:-

  • 4 ekor ketam saiz s (di potong dan bersihkan)
  • 1 mangkuk cili kering (gunting dan rebus)
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 biji bawang putih*
  • 2 cm belacan
  • 1 biji bawang besar
  • 1-2 biji bawang putih
  • 2 cm halia muda
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil sos cili
  • 1 sudu kecil sos tomato
  • 1.2 liter air
  • 2 sudu kecil mentega
  • 2 biji telur
  • daun sup & bawang/daun ketumbar

Cara membuatnya:-

  1. Kukus ketam selama 15 minit untuk cepatkan masa memasak.
  2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.
  3. Hiris nipis bawang besar, bawang putih & halia.
  4. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang & halia hiris tadi.
  5. Bila sudah naik bau, tuangkan bahan kisar, tumis sampai garing.
  6. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan ketam yang dah dikukus tadi.
  7. Masukkan air, gaul rata tunggu mendidih. Bila mendidih kacau lagi hingga sebati, letak garam & gula ikut citarasa masing–masing.
  8. Pecah kan telur dan kacau rata, tabur daun sup & bawang/ketumbar. Sedia dihidang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments