Home / Info / Kisah Benar: Lelaki Belikan Ibu Daging Babi Untuk Berbuka Puasa

Kisah Benar: Lelaki Belikan Ibu Daging Babi Untuk Berbuka Puasa

Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,”Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”,Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu.”Daging apa?” tanya ustaz kembali.”Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz”jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata. Masya Allah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi.Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor.Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

Kredit : Nazran

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

51 comments

  1. uish, moga taubat hamba tersebut diterima Allah.

  2. Muhammad Ariff

    MaKaNaN HaRaM…BeRdOsA

  3. Astagfirullahhalazim

  4. kpd diri ini mereka adalah segala2nye kasih mereka ttp abadi, kpd anak2 ini satu contoh yg perlu mereka ingat dosa besar jika mengabaikan 2 org kekasih ini.

  5. thanks b'coz credited my name for this article :)

  6. Astagfirullahhalazim, SEMOGA LAKI-LAKI DALAM CERITA ITU TOUBAT SUNGGUH2 DAN MINTA AMPUN KEPADA ORTUNYA.

  7. BERTAPA ZALIMNYA SIPEMUDA ITU SANGGUP MEMPERLAKUKAN IBUNYA SEBEGITU DAN TERIMALAH OLEHNYA AKAN BALAS DRI ALLAH,INGATLSH SORGA ITU D BWAH TELAPAK KAKI IBU.

  8. Nur Fiffy Adreena

    semoga allah mengampuninya aminnn.

  9. Zul Darkthrone

    fuzz gle sgt.

  10. zalim nyer bg ibu nyer makan babi dan ular…sedih sy baca nyer..tergamak anak itu melayan ibu nyer cam tu…

  11. moga AALAH ampun kan dosa nya.

  12. Subhannallah……moga2 Allah mengampuni dosa2nya…..

  13. Ya Allah semoga kau lembutkan hati pemuda itu kembali dan jauhkan lah dirinya daripada api neraka..

  14. Ya allah….moga ini dijadikan pgjaran bgi kita….

  15. Nak mintak ampun pun dah terlambat….dosa pada Allah Ta ala walau sbesar bukitpun pasti Allah Ta ala akn ampunkn….tp dosa sesama manusia,hanya manusia yg dpt ampunkan….tapi ni kes manusia yg ibu dia sendiri yang sudahpun mengHadap Ilahi,pk la d ampun ke tidak??neraka jahannam la jawabnye….

  16. Âfîq Fäjàr

    LOL1!!!

  17. subhanallah……………..

  18. Ya Allah jgn smpe terulang lgi

  19. makanan haram dia bagi kat ibu dia sanggup dia buat macam tu kat ibu dia berdosa.

  20. apa pnya ank la.xd hati dn prsan

  21. ko ni siapa nk ckp seseorg itu ahli neraka?? ko pasti ko msok syurga??

  22. Ya Allah ampunkanlah dosanya ya Allah…

  23. SueZrieyl FiEyiz

    semoga allah ampunkn segala dosa dia….

  24. subhanallah…. moga2 doa dan taubatnya diampunkan dan diterima ALLAH.

  25. Shazwan Rosli

    astaghfirullah…..jadikan pengajaran kpd kita…..syg la kdua org tua kta selagi mereka masih hidup…..jauhkan diri kita dari hasutan iblis laknatullah…..nauzubillah…

  26. Memang zalim anak itu..

  27. semoga ALLAH menerima taubatnya.

  28. ada jgak sifat anak yg berhati syaitan…
    x sedar kah.. betapa peritnya ibunya melahirkan anak…
    x sedar kah.. betapa banyaknya rintangan ibunya menghadapi rintangan dah cabaran .. semasa dia kecil smpai besar… astagafirullah alazim…..
    semoga jadi pengajaran bagi kita semua…

  29. Astagfirullahhalazim…moga taubat hamba tersebut diterima Allah.Amin.

  30. itu urusan dia ngan allah arh yang kau sebok kenapa ..dia nak bertaubat itu pun dh cukup bagus..kalau allah nk hukum dia itu kerja allah arh.sebagai orang biasa kita cuma boleh mengucap jew tak payah ar nak kritik orang lebih2..k

  31. Gggbbhhujj

  32. Adiyulisman Twoseventhree

    memang babi.

  33. Astaufirullahalazim kenapa la si pemuda itu sangup berbuat begitu jikalau ibunya tidak mengampunkan dosa dia ketika ibu dia hidup tentunye neraka jahanam la tempat di. Seorang anak membuat segala perintah allah tapi berdosa kepada kedua ibu bapa ia akan berdosa jika ibubapanya tidak mengampunkannya.

  34. semoga ALLAH membuka pintu taubat seluas-luasnya….dan peringatan untuk kita semua sebagai hamba ALLAH….

  35. Amar MAkruf Nahi mungkar itulah sbnr2nya hdup kita d dunia smntre sbnrnya..menghambakan diri semata2 hanya kpd ALLAH..tdk cukup hnye mngucap 2 kalimah syahadah ttpi mgaabaikan suruhan NYA,contoh solat 5waktu

  36. tidak tahu xpe..InsyaAllah Allah ampunkan

  37. Rasulullah pun tdk bleh mnentukan ssorg itu ke syurga or neraka..Beliau hanye bleh mmbri syafaat d akhirat kelak :)

  38. Ya Allah , ampuni lah dosa ke dua dua anak dan ibu itu. Amiin..

  39. MashaAllah…

    minat seni grafik dan ingin memuatturun vektor percuma?
    jemput singgah dan follow akiwaart.blogspot.com
    thanks ^_^
    Akiwa nano recently posted…Cool Rhino Suit Concept Art for The Amazing Spider-Man 2 by Tsvetomir GeorgievMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close