Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Sungguh mengejutkan, wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dilaporkan terbakar dalam lingkungan jam 9 pagi tadi menurut laporan dari Astro Awani.
Kejadian berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan setakat ini enam orang dilaporkan meninggal dunia dan seorang berjaya diselamatkan dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar 8.56 pagi itu.
Perdana Menteri turut maklum mengenai kejadian di lamantwitternya.
Dimaklumkan mengenai kebakaran di Hosp Sultanah Aminah. @KKMPutrajaya & pihak @bombaJBPM sdg uruskan keadaan. Sy sdg tggu laporan terkini
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) October 25, 2016
Enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.
Gambar sekitar kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru