Home / Info / kisah jin bernama azazil

kisah jin bernama azazil

kisah jin bernama azazilKisah Jin Bernama Azazil yang kini dikenali sebagai Syaitan.

 

Pada satu ketika dahulu sebelum wujudnya manusia di alam ini Allah telah mengangkat martabat sejenis bangsa jin yang bernama Azazil untuk hidup bersama-sama penghuni langit. Azazil menjadi salah satu makhluk yang hidup bersama-sama malaikat yang kuat beribadat kepada Allah S.W.T.

 

Daripada makhluk yang suka bergaduh sesama sendiri, Azazil berubah menjadi makhluk Allah yang paling kuat beribadat dan terkenal dalam kalangan para malaikat di langit. Azazil menjadi salah satu makhluk yang disayangi Allah kerana ketaatannya kepada Allah S.W.T. Azazil juga menjadi ketua kepada semua malaikat.

 

Hal ini berkekalan sehinggalah Allah mencipta sejenis makhluk yang bernama manusia. Pada awalnya semua malaikat mempersoalkan tujuan Nabi Adam a.s. dicipta oleh Allah. Tetapi akhirnya semua malaikat tunduk di bawah kekuasaan Allah lalu sujud kepada Nabi Adam a.s. kecuali Azazil seorang.

 

Bermula dari peristiwa itu Azazil yang sekarang ini dikenali sebagai iblis laknatullah telah dibuang ke muka bumi. Disebabkan keingkaran iblis kepada perintah Allah dengan sekelip mata darjatnya yang tinggi sebelum ini disisi Allah jatuh serta-merta. Tiada lagi gelaran kehebatan diberikan kepada iblis. Makhluk yang bernama Azazil yang dahulunya kuat beribadat kepada Allah dan dipandang tinggi oleh semua makhluk kini berubah menjadi musuh orang yang beriman dan musuh Allah sehingga ke hari kiamat.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

7 comments

  1. salam..saya nk tgur sedikit..setahu saya syaitan dia hanya tidak tunduk pada nabi adam…bkn Allah swt..kerana syaitan ada perjanjian dgn Allah swt yg mereka akan menyesat kan ank adam….tpi kenapa dlm ni encik ammar tulis syaitan ni musuh Allah swt?

  2. Aiman Fariz:dimaksudkan dibawah penguasaan(perintah) Allah, para malaikat tunduk kepada Nabi Adam… sudah dikatekan bahawe orang2 soleh orang2 beriman itu adalah hamba dan kekasih Allah…maka sudah tentulah..golongan yang ingin menyesatkan mereka adelah musuh Allah S.W.T.,,,, kadang2 kita boleh bercanggahan pendapat kerana terdapat banyak tafsiran daripada ulama'2 seluruh dunia… ape2 berserah la pade Allah Taala..kite sebagai hambanye dekat2 kanlah diri kita pada-Nya.

  3. adakah azazil dari bangsa jin? ataupun iblis? dan apakah beza jin dan iblis?

  4. Terrano Murano

    Ya, Azazil berasal dari bangsa Jin yg pernah menghuni bumi sebelum adanya manusia. Azazil adalah Iblis (dlm bahasa Inggeris dipanggil Lucifer), anak Jin yg diselamatkan oleh para malaikat ketika masyarakat Jin yg menghuni bumi pada waktu itu dimusnahkan (Allah swt meng'Kiamat'kan dunia mereka) lalu dipelihara di langit bersama para malaikat.

  5. Terrano Murano

    Benar, memanglah menjadi musuh Allah swt. Kerana Iblis ingkar akan arahanNya utk sujud kpd Adam. Bukankah di antara sifat2 Allah swt adalah Maha Pengampun & Maha Mengasihani? Jadi, sepatutnya Iblis boleh memohon keampunan tetapi memilih utk tidak berbuat begitu. Malah memilih utk menyesatkan anak cucu cicit Adam hingga sebelum Yaumul Qiamah nnt. Bukankah sejak dari zaman Adam hingga kini ramai shj manusia yg menyeleweng & terseleweng dari landasan sbnr kehidupan? :]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge