Home / Info / Kisah Nobita dan Sizuka Yang Tiada Dalam TV

Kisah Nobita dan Sizuka Yang Tiada Dalam TV

Pada suatu malam di depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu…Tak bosan kan?
Nobita : A’ah, tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe…

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah…betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe…

Mereka pun menuju ke i-City…

Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya…Mestilah cantik…
Sizuka : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je…Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar…Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik…Kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe…

Mereka pun tiba di i-City…

Sizuka : Jom snap pic wak…Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?
Nobita : Takpe le…awak kan awek saya…
Sizuka : Awek je…bukan isteri yang sah…
Nobita : Errr~ huhu…

Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa…upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh…boleh ke?? tak elok la wak…Gambar tu dah la awak dan saya je…Yang ke-3 syaitan…Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat…Tak malu ke?
Nobita : Errr~ huhu…

Mereka pun pulang…

Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang…sayang sangat-sangat tau…haa.
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh…macam ajak bergurau je…nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe
Sizuka : Ish…apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Nobita : Eh…Errr~ huhu…

Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh…mestilah! hehe…
Sizuka : Tapi awak tipu saya!
Nobita : Eh…kenapa lak saya tipu awak??
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun…Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Nobita : Owh…sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!

Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini…Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali…Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan…Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang ‘like’, awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat…Awak ada ilmu agama…Kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah…tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???

Sizuka : Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya…tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah…Awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak…Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah…Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya…tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? tak kan…Awak bawa saya ke arah keburukan…Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk…Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan…

Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah Nobita mula meluah perasaan…

Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu…tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi…Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan…Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah…
Nobita : …….

Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia…menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan…seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan…beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab…wallahuallam.. kita tolak sama ada Nobita & Sizuka adalah Islam atau tidak, kerana ini hanyalah watak kartun dan di gunakan dalam NOTE ini.

About Asyraf Asnawi

Nama penuh Asyraf Asnawi Bin Nasir. Berminat sukan bola sepak. Suka berkongsi info tentang sukan. Pasukan bola sepak kegemaran ialah Malaysia, Kedah FA dan Arsenal FC.

52 comments

  1. mmg patut buat cite nie…huhuhu..

  2. x tau lak sizuka tu islam n sejak bie die kesah tentang dose pahale ni.. walau apapon ok :V.

  3. Sepol Are Mer

    bwu plan nk wt jw…. Paz bce jw x jd…. Tunj0k kn ku ke jalan y benar….

  4. Eeqiyn Ashiqien

    Baca , jangan x baca… Nurul Najihah n Roziana Jasrin Johan..

  5. Kmk Shayank Nya

    dah2 , hahahah , :D

  6. bagus,,, bgi ksedaran pda kta semua,,,,,

  7. Eeqiyn Ashiqien

    bgs2 … lupak mex tag nama aslam an miji ..

  8. panjang lebar dier cakap…malas aku nak baca

  9. x de ke kisah skirt ditiup angin.

  10. stepek ehgkau. haha

  11. Ahmad Wahyudi

    nobita n sizuka masuk islam! yee!

  12. Nik Ahmad Rusyaidi

    jap nobita ngn sizuka islam?

  13. bgz2..

  14. Fara Aqielah II

    tauldn wt ktew smuew.

  15. pakcik biskot tgok karton jugk ko :p

  16. Izyan Hazwani Abd Karim

    nobita n sizuka islam k?

  17. sejak bila sizuka suke nobita?

  18. Asyraf Zulkifli

    motif gne nma nobita n sizuka?

  19. Dia org tu bknnya islam pun…

  20. Nazidzham Norhalim

    Err ~

  21. Adoi nik ahmad rusyaidi,inikan kartun,brfikirlah secara matang dan islam.nama x smestinya menunjuk'n agama.tngok sekeliling kita,name melayu tp minum arak,pkai bnda2 mengart dan ikt budaya barat,siap wat tatu salib lg.kenapa yg tu awak x tnye?cerita d atas adalah untk menyampaikn msj yg penting.bkn nk persoalkn watak d atas agama ape.undrstnd?just sekadar teguran.komen kdg2 melmbngkn diri kita.

  22. nobita: kenpe xtutup aurat? cakap pandai je, tp tunjuk paha.
    sizuka: err.. hehe…

  23. boringggggggg lame~ aku baca sekerat jer..tahu the ngarut.

  24. Farhan Mazlan

    karott crita ni semua nk salah kan lelaki nobita sajerr,,,,… abis si sizuka tu baik sgt ker? kalau tepok sblah tgn mana nk bunyi so jgn pikir kolot sgt…bila jdi sesuatu smua lelaki yg salah…yg pompuan tu pakai ketat2 tunjuk itu ini laki mna yg xbenafsu….so jgn sesuka suki nk salah kan lelaki 100% perempuan yg kena jga diri sendiri…

  25. sizuka ni pon satu. pakai la tudung dulu. hahah

  26. bodoh btol… dia nk buat crta brbntuk pgjran.. bukan dia ckp dorg tu islam,, guna otak klau nk mengkritik

  27. Sejak 2 3hari

  28. Haha paloi tul…ni katun la pngajaran..

  29. HAAAAA…

  30. Apex Sayursayurannyapunadoi

    memang betul la cerita ni xde dalam tv, huhuhu err errr~.

  31. Kenapa orang tak paham sarcasm? Smh

  32. sejak bile lak diaorang masuk islam.

  33. Puterinajwa Wawa

    bagus shizuka nw bagi peajaran untuuk kite semua.

  34. bro ini hanya rekaa je, ad cerita yang psal keburukan lelaki, ad cerita pasal keburukan perempuan,, ini cuma pengajaran je bgi yg bru couple2 ni.. klau drng x wat mcm ni, spe lgi nk tlng wat kan bro

  35. Mna doraemon?kn dia sllu dgn nobita.,msti mnyorok gna kain halimunan.hahahaha

  36. bapak kauu…

  37. best! pengajaran buat muslimin dan muslimat…bila buat, dan ada rasa bersalah serta diikuti dgn taubat, itu mkna nya ada iman.tp bila buat, takde rasa bersalah, malah semakin lalai, maka hati2 kalian yg begitu dah rosak…nauzubillah…

  38. haha,..kick jgak ko ni ar..

  39. Boy Hero Miri

    agak2 lah .

  40. Boy Hero Miri

    budus.

  41. betol2…..rekaan je pon…awat nak terasa sanga nie????hahahahahahahahaha

  42. sejak 2 menjak….hahahahahahahahahahahahahahahahaha

  43. Rilex Brader, BradeR rILEX…

  44. Ainur Eunjung

    shizuka & nobita sebut allah?

    nk bohong pon pada2 er…

  45. btoi3…rileks la.. sma2 kita buat pengajaran..hahah trasa tro sangat nih…haha

  46. boleh berjerawat muka bace cirte kau nih . .
    jiwang anjing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close