Home / Info / KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

Kata-kata hikmah dan mutiara kata

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH / KATA-KATA MUTIARA INDAH UNTUK MOTIVASI DAN PENGISIAN JIWA.

 

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

 

Anda adalah seorang pahlawan terbilang andainya dapat menewaskan musuh yang besar iaitu nafsu.

Anda adalah seorang jutawan budiman andainya suka menderma dan bersedekah.

Anda adalah seorang ratu cantik terhebat andainya ikhlas menutup aurat.

Anda adalah seorang ilmuan tersohor andainya suka beramal dan berkongsi ilmu.

Anda adalah seorang jelitawan dan rupawan andainya berakhlak mulia.

Anda adalah seorang yang alim dan warak andainya hati dipenuhi iman dan taqwa.

Anda adalah seorang ulama yang agung andainya berjuang dengan ikhlas, tidak riak dan sombong.

Anda adalah sahabat sejati andainya sentiasa berada di samping sahabat
dalam semua keadaan sama ada senang atau pun susah.

Anda adalah pemimpin yang bijaksana andainya dapat melaksanakan amanah
yang berat dengan jujur dan menunaikan janji.

 

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri tanpa dirinya dikuasai oleh nafsu sendiri.

 

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari meyumpah kepada kegelapan.

 

Gagal merancang adalah merancang untuk gagal.

 

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

 

Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

 

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Mana mungkin anda dapat berjalan jauh jika langkah pertama belum bermula. Jadi, mulakan langkah pertama dari sekarang.

 

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

 

Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan benda yang anda suka.

 

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

 

Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.

 

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau seseorang itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

 

Tiada kejayaan yang semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.

 

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

 

Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.

 

Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.

 

Hidup tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.

 

Orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik atau ditegur.

 

Lebih baik musuh yang memberitahu secara telus dan jujur kelemahan diri daripada sahabat yang berdiam diri daripada bercakap benar.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close