Komen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb Muslimah Ini Capai 50k Carian

Faiz SubriKomen Baju Faiz Subri Lambang Salib, Fb Muslimah Ini Capai 50k Carian

Nampaknya rakyat Malaysia masih lagi tidak berhenti bercerita mengenai kemenangan Mohd Faiz Subri di Anugerah Puskas 2016 di Zurich awal pagi tadi.

Terbaru, viral pula satu komen yang membuatkan ramai rakyat Malaysia jelik.

Seorang yang bernama Hidayah Muslimah membuat komen di posting Berita Harian yang berbunyi:

Anda tidak menyedari ia mengenakan pakaian berlambang salip. Jangan bangga untuk melihat terlebih dahulu.

Komen tersebut mendapat banyak kecaman dari rakyat Malaysia khususnya kerana dilihat seperti “sering mencari salah orang”.

Seorang pengguna facebook yang lain memberikan respon ke atas komen itu berbunyi:

Tau lah akak tu ‘ahli syurga’…tapi nak komen cuba bukak mata, kalau rabun pakai lah spec mata…

Ustazah segera…nak cri salah orang lain…tapi takĀ kena..šŸ˜‚šŸ˜‚..memalukan

jangan membuat fitnah tampa melihat dgn betol2…anda pasti tau apa hukum memfitnah hidayah muslimah…

Komen Hidayah Muslimah itu tidak boleh diterima oleh ramai pihak kerana seolah-olah dia hanya mencari kesalahan orang lain sahaja. Apa yang lucunya adalah gambar yang dikatakan lambang salib itu adalah sekadar microfon sahaja.

Setakat ini, nama facebook Hidayah Muslimah telah mencapai 50 ribu carian di facebook search. Lihat gambar di bawah:

Pesanan kepada semua pengguna di facebook, sila berhati-hati ketika membuat komen di facebook kerana anda sedangĀ diperhatikan. Sekali viral malu pun dapat.

Comments
  1. Ira |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info