Pada 15 Jun 2009 secara tidak disengajakan para arkeologi telah menemui sebuah kompleks gergasi Pra-Stonehenge di Damerham, Selatan England. Dari atas udara, kompleks itu kelihatan seperti sebuah formasi crop circle. Kompleks ini dipercayai lebih tua 1,000 tahun berbanding dengan Stonehenge yang mashyur itu.

 

Tapak peninggalan ini terdiri daripada sisa-sisa kuil kayu untuk pemujaan dan dua buah kubur raksasa yang berumur sekitar 6.000 tahun. Menurut seorang ahli arkeologi Helen Wickstead, dari Universiti Kingston dan juga pengarah Damerham Archeology Project, runtuhan ini dipercayai sebagai “arsitektur awal Inggeris”. “Penemuan ini sungguh luar biasa ini dan tidak pernah dijumpai sebelum daripada ini padahal ia hanya terbentang begitu sahaja di ruangan tanah yang terbuka luas.” Kata Helen.

Tapak Monumen Pra- Stonehenge

 

Seorang ahli arkeologi lain yang bernama Joshua Pollard yang tidak terlibat dalam penemuan itu juga bersetuju dengan pendapat Helen. Penemuan ini sungguh luar biasa kerana mengingatkan sebelum ini perhatian para arkeologi hanya tertumpu pada Stonehenge sahaja.

 

Tapak yang seluas 200 hektar itu hanya berjarak 24 kilometer sahaja dari Stonehenge dan ditemui ketika Badan Penyelenggaraan Artifak Bersejarah Inggeris (English Heritage) sedang melakukan aktiviti rutin ke atas wilayah-wilayah luar bandar di England. Gambar yang menunjukkan formasi seperti crop circle itu berlaku akibat daripada struktur bangunan arkeologi berkenaan yang bertindih dengan tanaman yang tumbuh padanya.

 

Bangunan utama dalam runtuhan ini adalah dua buah kubur yang dianggarkan berusia 6,000 tahun dan salah satunya memiliki kepanjangan sehingga 70 meter. Anggaran umur ini diambil dari tanah perkuburan lain yang serupa di bahagian wilayah England yang lain.

 

Menurut para arkeologi, pada masa 6.000 tahun yang lalu, penduduk² di kawasan itu dipercayai akan membawa mayat² daripada kalangan komuniti mereka yang sudah meninggal dunia untuk dibiarkan di kawasan terbuka tersebut supaya jasad mayat berkenaan akan dimakan oleh burung-burung dan haiwan² yang lain. Kemudian sisa² mayat berkenaan yang berupa tengkorak dan rangka tulang akan disimpan di perkuburan terbabit.

 

Secara teknikal, kawasan itu adalah rumah bagi rangka mayat manusia. Selain daripada itu, para arkeologi juga menemui sebuah tempat yang dipercayai sebagai prasarana ritual dan pemujaan. Bukti-bukti yang dikumpulkan menunjukkan bahawa kawasan itu terakhir kalinya digarap pada zaman Bangsa Rom menyerang Inggeris yang juga diyakini sebagai zaman akhir pada masa prasejarah Inggeris.

 

Pengawasan pentadbiran dipercayai sebagai penyebab utama tersembunyinya kawasan itu selama ini. Ketika kawasan-kawasan prasejarah Inggeris dipetakan pada tahun 1890-an, perubahan sempadan wilayah membuatkan Damerham termasuk ke dalam wilayah Hampshire tetapi bukannya Wiltshire iaitu tempat dimana Stonehenge dijumpai berada.

 

“Mungkin orang-orang di Hampshire berfikir monumen itu adalah urusan orang lain” Kata Helen.

 

Misteri Stonehenge itu sendiri masih belum lagi dapat diselesaikan sehingga sekarang. Namun dengan penemuan monumen terbaru ini, maka sudah tentulah tumpuan para arkeologi akan beralih ke tapak bersejarah ini untuk mencari kaitannya pula dengan Stonehenge.

Sumber: Discovery Channel

Comments

comments

Powered by Facebook Comments