Home / Info / Misteri Area 51

Misteri Area 51

Melalui perisian GoogleEarth™, Pengkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di lokasi yang dikenali Area 51 telah berjaya dirakamkan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pengkalan tersebut langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Tiada langsung kelibat kapal terbang, jet pejuang mahupun helikopter. Cuma yang dapat dilihat adalah tiga buah binaan yang mempunyai binaan yang pelik; sebuah piramid dan dua buah bangunan yang janggal.!

 

Area 51 sememangnya bereputasi sebagai sebuah tempat yang misteri. Orang perseorangan yang tiada pas tentera tidak dibenarkan masuk. Ia adalah lokasi yang cukup rahsia. Ramai mempercayai kerajaan Amerika Syarikat membina pelbagai alatan ketenteraan canggih terutama membabitkan tentera udara di Area 51.

 

Ini dapat dibuktikan apabila ramai saksi kerapkali melihat jet pejuang Stealth Bomber lama sebelum Stealth Bomber diperkenalkan secara rasmi semasa Perang di Afghanistan. Itu belum lagi cerita-cerita mengenai kemunculan piring terbang (UFO) yang terlampau kerap di Area 51. Ini menguatkan teori bahawa Area 51 sememangnya lokasi bagi pembuatan alatan canggih ketenteraan Amerika Syarikat.

 

Lokasi bawah tanah

Desas-desus menyatakan kerajaan Amerika Syarikat telah membina tapak pembinaan di bawah tanah yang cukup canggih dan berteknologi tinggi. Ia diperkuatkan dengan lokasi Area 51 dilihat daripada udara langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Dengan kata lain, ia langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan yang sering diwar-warkan sebagai antara sebuah pengkalan tentera udara yang canggih. Sekarang, pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dirakam menggunakan GoogleEarth™ di Area 51. Apakah benar mereka membina rangkaian pangkalan bawah tanah yang serba canggih dan moden?

 

 

Sebuah bangunan berbentuk piramid.

 

Salah sebuah daripada dua bangunan yang mempunyai bentuk yang agak janggal

 

Adakah bangunan ini pintu masuk ke binaan bawah tanah yang jauh lebih besar?

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

18 comments

  1. ader jugak khabar angin mengatakan yang area 51 tu ialah tempat mengkaji tentang mahkluk asing.

  2. y ne ltest gbr dr google sftwre thun 07…pastu google x bt kuar the stfwre maps n stelite sbb most maps kt us n canada…motorola y cver…so google maps us thenti shgga 2007 shja…lokasi trakhir….grand mesa..that's y gbr area 51 nmpk cket ja…pdhal byk lg sbnanrnya…

  3. mncurigakn an.. dunia2

  4. Hanzhanafiah Tak Aktif

    Da nama tempat rahsia..xkan nk buat binaan yang cun2,,,

  5. mengkaji mahkluk asing cuma utk mengaburi mata semua org..utk mengkaji mahkluk asing mmg dh x asing lg dan toksei disembunyikn..yg sebnr2 nya lebih dr itu…..renung2 kn lh..igt semua..kpd umt Islam, Kristian, Budha..dan yg lain2..segitiga melambang kn apa.. Tmpt ini adalah slh satu dr markas terpenting bangsa Zionist..

  6. gamba ko pun mencurigakan

  7. slm boleh bagi tahu tak nama untuk area 51 dekat google earth

  8. Azmir Shimomura

    Macam kat dalam game Gta San Andreas lak. Ade kot bangunan ni. Tapi takde piramid je ,

  9. ADA KE MAKHLUK ASING?

  10. dalam 3 buah bagunan itu ada suatu pekara yang kita tidak ketahui anatrany mcm mane nk jatuh kan isalm, mempunyai kemajuan yg tidk ternila dn rahsia di sebalik area 15….tapi diaorang tak campur fail rahsia negara mereka…hanya fail rahsia area 5.

  11. AREA 51, NEVADA atau dikenali sbg Sector8, tempat ini digunakan oleh pihak A.S utk mencipta teknologi peperang yg bru, dan pesawat pejuang yg berteknologi tinggi, antaranya ialah SR-71.Tempat ini juga digunakan utk menguji bomb nuklear(tempat uji bomb nuklear ini berdekatan dengan tempat yg ditunjukkan di atas), tempat ini juga dikatakan memiliki beberapa piring terbang yg terhempas di Roswell, New Mexico pada tahun 1947.Saintis Bob Lazar yg bekerja di Area51 juga mengesahkan bahawa dia ternampak beberapa piring terbang yg dikaji di tempat tersebut.Area51 dikatakan seperti kon aiskrim yg terbalik, maksudnya ialah , semakin dalam tempat itu di dalam bumi, semakin besarlah tempat itu.

    itu jer yg sye tahu ttg Area51, sye dah kji tempat slame stahun.

  12. Kobetz Longstride

    cam best..

  13. yok yok ooo je dia da kji setahun…poyo gak dia nh hihi

  14. tanda2 perang dunia ketiga dh nk dkt.

  15. setahun tak cukup, teruskan mengkaji!! paham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge