Kota Edinburgh
Edinburgh Castle
Kota terpendam Edinburg, selatan Bridge yang terdiri dari jaringan ruwet bawah tanah, kamar, terowong kapal , dan gang telah terbungkus dalam misteri dan intrik selama ini. Kota ini dibuka pada tahun 1788 tetapi hampir tidak diketahui kewujudannya, sehinggalah pada tahun 1985 kota tersebut ditemui kembali. Diyakini di tempat tersebut telah menjadi tempat hidup dan matinya ribuan orang penghuni bawah tanah.
Lizzie Borden B & B
Gambar sebenar pembunuhan
The Lizzie Borden Bed & Breakfast terletak di sebuah rumah pembunuhan yang terjadi pada tahun 1892. Andrew Borden dan isterinya, Abby, dibunuh dengan kejamnya oleh seseorang dengan menghunuskan kapak pada anggota tubuh mereka. Tidak diketahui siapakah pembunuh mereka tetapi satu2nya mangsa yg terselamat daripada kes jenayah itu adalah anak perempuan mereka. Dan telah muncul beberapa pendapat pembunuh itu adalah mungkin anak perempuan mereka itu sendiri.
Meskipun akhirnya pembunuh itu dibebaskan daripada jenayah berkenaan, anak perempuan termuda Borden, Lizzie, tidak pernah lagi dilihat kembali, dan ramai orang di Fall River (dan di seluruh negeri) tetap yakin bahawa dia berjaya melarikan diri daripada pembunuhan itu. Meskipun Lizzie Borden dibebaskan, tidak ada orang lain yang pernah ditangkap dan ia tetap terkenal dalam cerita rakyat Amerika. Misteri mengenai identiti pembunuh sebenar berkenaan masih berlanjutan sehingga hari ini.
Roswell
Gambar hiasan
Kejadian yang berlaku di Roswell, New Mexico, pada Julai 1947. Kemalangan membabitkan sebuah UFO tetapi tidak ramai mengetahui maklumat terperinci mengenainya biarpun ia menjadi bukti kukuh kepada pemburu UFO untuk meyakinkan dunia makhluk asing memang wujud.
Dalam kejadian itu, W W Brazel, keluar awal untuk memeriksa ternakannya selepas semalaman dilanda ribut petir. Dia menemui banyak serpihan luar biasa berselerak di ladangnya. Brazel mengambil sebahagian serpihan itu, menunjukkan ia kepada rakan-rakan dan jirannya. Seterusnya dia menghubungi pegawai polis George Wilcox.
Mengesyaki serpihan yang ditemui Brazel mungkin mempunyai kaitan dengan operasi polis, Wilcox memberitahu pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tentera Roswell untuk mendapatkan bantuan.
Pada 8 Julai, akhbar Roswell Daily Record menyiarkan berita mengenai bangkai UFO yang ditemui di sebuah ladang di kawasan berkenaan. Apabila ditanya, Mejar Jesse Marcel, yang terbabit dalam penemuan itu memberitahu bangkai itu sudah dipindahkan dari New Mexico ke ibu pejabat.
Komander ke-59 Unit Bom, Kolonel William Blanchard, membuat kenyataan akhbar menyatakan bangkai UFO yang terhempas itu sudah ditemui. Sementara itu, Pusat Pengebumian Ballard mempunyai kontrak menyediakan ambulans dan khidmat pengebumian untuk tentera di Roswell. Glenn Dennis, yang bekerja dengan pusat itu, menerima beberapa panggilan telefon daripada pegawainya sejurus sebelum mengetahui berita penemuan bangkai pesawat.
Dennis ditanya mengenai keranda kecil dan cadangannya untuk mengawet mayat yang sudah terdedah selama beberapa hari. Semua itu menimbulkan tanda tanya kepada Dennis yang kemudian melawat hospital dan diiringi memasuki bangunan itu. Persoalan itu mendorongnya mengatur pertemuan dengan seorang jururawat yang ada ketika bedah siasat diadakan ke atas beberapa ‘mayat bukan manusia.’
Dennis turut menyimpan lakaran makhluk asing dilukis jururawat berkenaan di atas kain pengalas ketika pertemuan mereka. Pertemuan itu adalah yang terakhir bagi kedua-duanya dan Dennis untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai mayat makhluk asing itu manakala jururawat berkenaan dipindahkan segera ke England dalam masa beberapa hari.
Pada 9 Julai, Roswell Daily Record melaporkan bangkai pesawat itu ditemui di Ladang J B Foster. Beberapa hari berikutnya, semua bukti kemalangan itu dipindahkan segera atau tiba-tiba hilang dari muka bumi namun yang mencetuskan kecurigaan adalah bahawa ia mungkin rahsia kerajaan yang berusaha menyembunyikannya. Beberapa tahun selepas itu, buku, temubual dan artikel daripada beberapa kakitangan tentera, yang terbabit dalam insiden berkenaan dikeluarkan, namun ia cuma menambah kecurigaan mengenai usaha kerajaan itu.
Pada tahun 1979, Jesse Marcel yang ditemubual mengenai peranannya dalam pencarian bangkai pesawat, berkata: “Bangkai (UFO) itu tidak terbakar. Ia diperbuat daripada bahan yang ringan, amat nipis dan tidak boleh bengkok. Kami cuba membengkokkan ia dengan penukul tetapi gagal.”
Comments
Powered by Facebook Comments
