Home / Info / Misteri Potret Monalisa

Misteri Potret Monalisa

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

 

Misteri Potret Monalisa

  • Identiti Monalisa itu sendiri.
  • Riak wajah Monalisa.
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.

 

Teori Mengenai Monalisa

  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo.
  • Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
  • Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.

 

P/S:- nie ku yg nak tambah misteri potret monalisa, dalam potret tu monalisa tiada kening.. Adakah leonarda terlupa mahu melukisnya atau tk sempat menyiapkannya atau mmg disengajakan..

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

35 comments

  1. Suzan Del'Rosario

    interesting…..

  2. tu kesan ilusi optik je…

  3. pasal yg '' matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.''aku tengok kat gambar mak aku pon cam tu jugak.

  4. ntah laa…aku tgok xde ape pun yang hebat ngan lukisan tu..konspirasi yahudi je smua tu sbnarnya…

  5. aku baca dlm mastika dlu , kening mona lisa sbnrnye dilukis tpi terlalu halus dan telit smpi tak nampak sbb kening mona lisa tu bukannye tebal sgt , mcm kening adik aku!

  6. lagi satu aq kalau pusing2 laptop sambil tengok mate die cam lukisan ni hidup lak…cam kite dengan die same2 pandang

  7. kening dia kena gigit tikus

  8. Jay Kinichisanz

    ahh.la..potret ni tk ada kening la..brharap, nt ada penyelidik yg mengetahui apa sebabnya lukisan ini tidak ada bulu kening.

  9. Ahmad Zulhafiz

    pasal misteri 'Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.'

    adakah gmbr tu hantu? haha. seram aku jd nya.

  10. tak silap aku pada zaman tersebut dikatakan semakin nipis kening seseorang semakin kaya orang itu..dan gambar monalisa ini didapati tak ada kening..mungkin die merupakan golongan yang paling kaya ketika itu..

  11. ade terbaca. zaman mona lisa dulu, wanita memang cukur bulu kening sebab trend:)

  12. bodo nya kau…gmbr yg ko tgk 2 gambar kamera…bukan lukis2

  13. seram lah pulak jadinya.

  14. Harith Iskandar

    kening adik kau tu tebal sangat ke

  15. Harith Iskandar

    betul juga cakap kau ya

  16. Harith Iskandar

    itu ialah imaginasi kau jer lah mana ade hantu

  17. xdela, kening die nipis,,,mcm monalisa la,,,hahaha

  18. Bagi aku takde value pon lukisan haprak mcm nih.. byk lg lukisan2 dari org kita yg lebih hebat.. buat apa nak agung2kan karya dari org kafir?

  19. ia bkan tntng cntik ke x lukisan tuh,tapi tntng misteri disebalik hasil lukisan tersebut seperti garisan halus yng terperinci pada lukisan tersebut.

  20. hahhahhhahahahha…btl3….~

  21. lukis pun sama lah kalau dah dia pandang tepat.haih

  22. Solihin Md Saad

    monalisa

  23. Amran Bin Maulud

    senang jer orang dimanipulasikan…… ini sume bohong….. rekaan semata2..

  24. leonardo sje2 lukis jer kot,yg kte nk siasat lukisan die smpai kecoh satu dunia sbab lukisan sbgini,wtpe? lau leonardo lukis telur ayam,itupown nk kne siasat gak ke? kut2,leonardo lukis utk mnunjukkan bakat die,pastu bgi org tgok utk lihat bakat die,pastu kte lak nk kecoh2,ckap lukisan ni ade misteri la,itu la,ini la..

  25. apakah tujuan engkau diciptakan apakah rahsia disebalik potret itu..

  26. lau kening elfira loy ye..hihi

  27. pasal mata perkara biasa pada optik mata kita ketika melihat gambar pada sudut titik selari atau dalam kedudukan tenggah lebih2 lagi kita melihat kedudukan anak mata dalam gambar berada selari dengan mata kita..

  28. fakta.. mase the vinci lukis potret tu, monalisa memang tak de kening lh.. itu adalah trend yang di gayakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge