Home / INFO / Nilai Sebutir Nasi

Nilai Sebutir Nasi

Orang tua berkata jangan buang nasi kerana nasi yang terbuang tu menangis. Sebenarnya kata-kata ini menggalakkan kita supaya jangan membazir walaupun sebutir nasi. Orang kita kalau makan nasi memang biasa terbuang nasi. Bukan hanya sebutir nasi malah berbutir-butir nasi yang melekat di jari terus dibasuh tangan. Malah ramai yang membuang bukan sebutir sepinggan dan mungkin seperiuk pun ada kerana tak habis makan.

Jika setiap dari kita meninggalkan sisa nasi dalam 4,5 butir setiap kali makan, darabkan dengan bilangan separuh dari penduduk negara.. Itu sebenarnya sudah terlalu besar pembazirannya.

Ini untuk sekali makan, kebiasaan orang kita makan nasi 2 kali sehari, bayangkan…Sehari boleh menyuap berapa ramai orang bagaimana kalau sebulan? Bagaimana kalau setahun?

Kasihanilah mereka yang memerlukan…bagi mereka ini, setiap butiran nasi amat besar maknanya..

Justeru, janganlah membazir walau pun sebutir nasi. Sebutir nasi umpama sebutir keringat (sekadar perumpamaan). Jangan membuang walaupun sebutir nasi! Mungkin ini antara hikmah Rasulullah SAW mengajar kita menjilat jari selepas makan supaya sebutir nasi pun tidak dibazirkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge