Menurut pengacara Malaysia Hari Ini, Nurul Syuhada, 28 perletakan jawatannya sebagai pengacara sepenuh masa di tv3 telah dihantar bulan lepas dan hanya terlibat secara separuh masa dalam Malaysia Hari Ini.
Sebenarnya saya memang sudah lama memikirkan mahu meletak jawatan. Saya telah menghantar surat perletakkan jawatan sejak sebulan lalu sebagai kakitangan sepenuh masa TV3. Tetapi selepas ini saya akan terbabit secara separuh masa dan hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini buat masa sekarang.
Beliau juga mengatakan ini tiada kaitan mengenai isu Bintulu.
Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi perletakkan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku
Lagipun saya sudah menghantar surat perletakkan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (7 September) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3
Beliau akan berehat untuk memberi tumpuan lebih kepada keluarga dan mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya wartawan yang tidak mengira masa. Ini juga mungkin hasrat mereka suami isteri untuk menimang cahaya mata. Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
Comments
Powered by Facebook Comments

