
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca nukilan Kasih Suci. Apa khabar semua? moga sihat sejahtera dan berbahagia selalu. Cantiknya pagar berwarna warni di atas tu kan? hurm…Kasih Suci gunakan pagar cantik tu sebagai simbolik kepada tajuk kita iaitu Pagar Cinta.
Pagar Cinta? ye, pagar bagi mereka yang bercinta. Cantik indah dan berwarna warni. Cukup tinggi sukar dicerobohi dan nampak cukup kukuh. Ada yang bahagia berada dalam pagaran berwarna warni ada juga yang menderita jiwa akibat dipagar walau ia penuh dengan warna warni kehidupan.
Bukan semua merasa nikmat kebahagiaan terkurung dipagari dengan pagar cinta. Kadang kala mempunyai pasangan yang teramat mencemburui, mendesak dan amat bersikap tegas buat kebanyakan kita merasa sangat terseksa. Memang benar mereka melayan pasangan dengan baik tetapi kadang kala pasangan di layan umpama banduan di dalam pagar cinta itu. Kerana hati telah ditakluki, maka terpaksalah menghabiskan sisa hidup di dalam pagar cinta bersama insan tercinta walau jiwa menderita. Mengapa tak berpaling ke arah lain mencari jalan bahagia? mukan mudah untuk undur semula terutama jika ia melibatkan banyak hati dan banyak pihak tertentu. apa yang pasti lakukan yang terbaik dalam hidup dan berdoa agar semuanya baik-baik saja.
Walau ada yang menderita, tak kurang ramainya juga yang amat bahagia tinggal di pagari warna warni pagar cinta. Walau nampak terkurung dan tidak bebas namun pagar cinta dapat menghalang kita dari melakukan sesuatu yang tidak baik. Sesungguhnya ia amat baik dari mencegah diri terjebak dengan sesuatu yang tidak baik di luar sana. Kebahagiaan ada di dalam hati bukan di luar. Carilah kebahagiaan diri, cipta kebahagiaan yang anda impikan bersama pasangan. Istana cinta telah terbina, pandai-pandailah menjaga pagar agar tidak rebah di tiup angin fitnah dan taufan di luar sana.
Pilih jalan yang terbaik dalam hidup agar dapat kita lalui kehidupan dengan baik dan lancar. Kebahagiaan milik semua, kita juga tergolong di antara mereka yang patut mengecapi bahagia.
Comments
Powered by Facebook Comments
