Naib Juara Liga Premier Pahang mengharungi cabaran lasak Sarawak dan akan bertemu Kedah pada 19 Julai nanti. Pahang menang dengan jaringan 1-0. Gol Pahang menjelma pada minit ke 89 menerusi tandukan Saiful Nizam.
Manakala, Kedah berjaya menumpaskan Sabah dengan jaringan yang sama iaitu 1-0. Kedah mengasak kubu Sabah dari awal permainan dan mereka berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 89. Gol Kedah dijaringkan oleh pemain muda iaitu Syamim Alif.
Ini bermakna, Pahang akan bertemu Kedah dalam final playoff kelayakan liga super 2013 pada 19 Julai 2012 di Stadium Hang Jebat.
Comments
Powered by Facebook Comments

