Atlet sukan terjun Malaysia, Pandelela Rinong berjaya memenangi pingat gangsa di acara terjun papan anjal 10m di Sukan Olimpik London semalam.

Pandelela, yang berasal dari Sarawak, tidak memulakan acaranya dengan baik tetapi bangkit untuk akhirnya mengutip jumlah 359.20 mata, di belakang Brittany Broben dari Australia (366.50) dan Chen Ruolin dari Cina (422.30).

Pandelela mengutip hanya 58.50 mata di terjun pertama beliau tetapi meningkatkan prestasinya selepas itu dan mengutip 64.00, 81.60 dan 76.80 di terjun-terjun seterusnya.

“Selepas kesilapan di terjun pertama, jurulatih saya, Yang Zhuliang, menyuruh saya melupakan kesilapan itu dan berikan tumpuan kepada terjun seterusnya,” beliau berkata selepas acara itu.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments