Home / Isu Semasa / Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah: 12 Terbunuh

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah: 12 Terbunuh

Lahad Datu

Dua komando M’sia, 10 penceroboh terbunuh

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

pencerobohan lahad datu

etakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

“Yang terbunuh termasuk seorang wanita.”

Sabah

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

 

Sumber: Bernama

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

47 comments

  1. SERANG je, mereka yg memulakan.

  2. betul ke atau bernama mengada ada kan cerita… setahu aku kerajaan malaysia lebih suka berunding cara baik walaupun yg tegas.

  3. burid la philiphines.

  4. Junaidah Bujang

    aduina c juruckp tu…mrayu agar msia stop serangan…napa tak ckp pd mundu2 tu balik aja k negara asal mreka? buat kacau d tempat org…tempat sndri ndak ada yg mahukan mreka!

  5. Syabas Kerajaan Malaysia Pusat,, kalau kerajaan negeri Sabah tidak dalam naungan kerajaan pusat entah apa akan jadi kepada Negeri Sabah…

  6. Atiqah Nur Annisa

    kita yg xde pertalian darah ngan tentera n pejuang yg ditugaskan disana pon seram n risau dgn kdaan disana skg nih, ape lagi pada suami2, ayah2 pda mreka yg ditugaskan disana..dapat digambarkan perasaan mereka skg ni.. YAALLAH SELAMATKAN LA MEREKA YG BERJUANG DISANA>AMIN.

  7. ko dah knape..ingt main polis entry 1 to jaga ke ape? soh patah2 blk…nk kena bom atom agaknya nye korang ni kn..askar malaysia lama tk gempur ni..

  8. Jangan ada "table talk" ini melibatkan kedaulatan negara. Yang hairannya camna mereka leh tembus dengan raja sekali pulak tu.Doa saya untuk mereka yang pertahankan tanah air. Jangan gentar.Walaupun dengar khabar mereka hebat dlm ilmu pertahanan batin, tapi Allah Maha Adil. AllahuAkbar!!

  9. kt sini berlambak org piline keje..jd gro pn ramai..kang pakat tembak ramai2 kang haaaa..

  10. Noraayu Maharam

    ito pasal askar malaysia dh lama relak ni….bg kerja sikit

  11. Wlaupun dh lma tntera mlaysia xgmpur jgn pndanh sblah mata..prajurid kmi antara yg terbaik di dunia..shnggakan tntera luar respect prajurid kmi..prajur kami xkn undur wlau berkecai badan..biar tiada snjata dtngan xkn patah hati mengalah..biar srg dri yg tgal xkn jua larikan diri..selagi hidup selagi ngelaban

  12. siap sedialah bjuang untuk negara…

  13. segalanya boleh bawa berbincang -_-

  14. Sebab tu la. Semua orang pelik macam mana mereka boleh masuk sedangkan ada yang menjaga sempadan..

  15. Daniel Eldani

    apsal x serang? tu la bgi muka sgt…

  16. Atm kena ambil peranan utama,bukanya polis

  17. tq…..kpda para pejuang. jasa kamu amat besar maknanya kpada smua rakyat…truskan berjuang dan sy doakan kejayaan anda.

  18. Nazierah Najmuddin

    Pandai jak ko bckp.p la ko trun pdg gadai nyawa lau brani.mcm pandai.d fb brani la bckp.

  19. jgn pndai buat spekulasi nak tau mcm mana kami kerja pg sana okay..

  20. Lawrance Lee G

    jangan cakap sembarangan.. negara sabah pada asalnya dibawa kawalan australia dan pusat pentadbiran mereka di sandakan. apabila sabah masuk malaysia melalui undi tak sah (tiada pilihan raya) barulah australia balik ke negara mereka.. sila baca sejarah bro..

  21. Lawrance Lee G

    kami tak relek la Noraayu Maharam.. askar walaupun tiada inseden seperti di negara2 lain tpi kami keluar ke membantu negara2 yang bergolak..

  22. penceroboh, tiada komporomi

  23. kita sama2 berdoa moga semua selamat pergi dan balik

  24. Kepada waris perwira negara yang terkorban ucapan tahziah diiringi Al Fatehah… kepada pejuang yang masih berjuang semoga Allah memelihara keselamatan anda…. anda wira kedaulatan negara…. tabik semua

  25. Khairudin Ibrahim

    aku rasa ko memang patut duduk terus kat sana tak perlu pulang. Sejarah usah di kenang.. Sekarang Sabah adalah salah satu negeri dalam Malaysia yang sah. Engkau tak payah nak jual negara…

  26. Takziah kepada keluarga pejuang kite, semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,, Al fatihah

  27. trime kaseh pd cmua yg memahami…saya sbg salah seorang anak tentera n pejuang bersyukur dgn ad nya masyarakat yg cngat mengambil berat pd negara nie…doa2 kn la moga pejuang kita dpt pulang ke pangkuan keluarga dgn clamat n mslh ini dpt diselesai kn dgn kadar yg segera…

  28. Kak Ran Mouri

    Tarzzan Rimba x phm ko ckp ape

  29. Abdullah Yusup

    Lawrance Lee LG Jadi mau kerajaan apa bro. hahaha baru dengar pula Australia…walhal UK…

  30. terkedu bila mendengar berita sedih ini, kita mohon Allah swt moga keadaan kembali tenang dan mohon di lindungi perjuang tanah air kita.takziah utk keluarga anggota yang terkorban, moga mulia disisi pencipta, dan doa kita utk mereka yang lain moga Allah swt kuatkan semangat dan sentiasa didalam perlindungan nya.

  31. Daniel Eldani

    hok aloh nate ni…

  32. YEs :D !! Akhirnya dapat juga topup free Rm10 :) Tak banyak pun tapi ok la tu => => http://www.facebook.com/photo.php?fbid=419885814770623 << Click Here?71

  33. Tp ada manusia lebih teruk dr binstang dlm hal mcm ni pun masih lg bg komen ckp dlm suasana politik parti yg ia sokong bukan manusia kot dia nie..beruk pun bukan babun pun x..

  34. X kira la sape diri dia.. Polis, Tentera, Komando,(69), Paskal, Paskau mahu pn Gerak Khas atau sape2 yg mengalir darah perajurit tanah air mempertahankan kedaulatan negara. Sama2 la kita mendoakan keselamatan mereka disana.. (Semoga abg sy selamat disana)…

  35. Idham Ariff II

    agi hidup, agi ngelaban…

  36. wahai cik nooraayu mana awak tau anggota kita tak buat keje..tak kan semua kita nak heboh2kan..yg org tau duk senang lenang…jgn menuduh tampa usul periksa..mereka tulang belakang negara…ucapan terima kasih tak ada jgn nak pandai2 buat cerita…maaf kalau saya silap bahasa…

  37. same le polis ke Atm ke? mereka same petugas dan wira negara biar berat sama dipikul ringan dijinjing bersama.

  38. tak payah la kacay malaysia macam mana malaysianak maju kalu hisap rokoko indon.

  39. Apew korang mengarut nie

  40. exsedin keatas lahad datu,,,,tak sepatut nya,,sama islam

  41. tuan kami di malaysia,,doaa semiuga sabah cepat semboh,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge