Seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambilnya di tepi jalan mengandungi wang sebanyak RM 133,300.
Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenan ke Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari,
“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.
“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,”katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Agak susah ya untuk kita melihat orang begitu jujur sebegini. Walaupun bekerja sambilan hanya mengutip kotak, tetapi dia tidak mengambil harta orang lain!.
Comments
Powered by Facebook Comments

