Peniaga Ini Dedahkan “Ilmu Hitam” Yang Digunakan Untuk Lariskan Jualan

ilmu hitam dalam berniaga.png Peniaga Ini Dedahkan “Ilmu Hitam” Yang Digunakan Untuk Lariskan Jualan Pisang Gorengnya

Walaupun dunia sekarang sudah maju tetapi masih ada sebahagian masyarakat di negara ini masih mempercayai ilmu hitam atau sihir. Dalam masyarakat Melayu selalunya “ilmu hitam” ini seringkali dikaitkan dengan perniagaan.

Mereka percaya dengan “ilmu hitam” boleh melariskan perniagaannya. Dan dengan “ilmu hitam” juga mereka boleh merosakkan pernigaan orang lain. Namum secara jujurnya, sebenarnya banyak perkara buruk yang boleh belaku daripada penggunaan ilmu hitam dalam perniagaan.

Seorang peniaga pisang goreng iaitu Arus Sulaiman mendedahkan bagaimana rahsia bagaimana “ilmu hitam” ini membuatkan pisang gorengnya laris. Mari kita ikuti kisah ini.

GEN Y x main ‘ilmu hitam’

Saya tadi jumpa supplier pisang & berborak dgn seorang pak cik berumur 60an yang berniaga kuih & pisang goreng di SS15, Subang Jaya.

Pakcik : Banyak order ni. Meniaga kt mana?

Saya : Shah Alam

Pakcik : Anak pakcik bagitahu ramai orang beli pisang adik sampai beratur. Bagus bisnes 😀

Saya : Bolehlah. Masa tahun lepaslah. Skrg ni hari cuti je orang beratur. Tapi orang tak tahu saya kena bayar ‘seseorang’ untuk bagi orang beratur. Ada kos tersembunyi.

Pakcik : Buat kat seberang ke? 😀

Saya : 🤔 eh xla. Bukan buat mcm tu. Orang muda panggil ‘sesuatu’ tu Internet Marketing

Pakcik: 🙂

Saya : saya kena bayar 2k – 3k sebulan

Pakcik: (Muka terkejut)

Nota: Ternyata masih ada lagi masyarakat kita yang mempercayai “ilmu hitam” untuk melariskan perniagaan. Ilmu hitam yang dimaksudkan oleh Arus Sulaiman itu adalah pemasaran internet yang seringkali peniaga Melayu lupa untuk menggunakannya. Rezeki itu anugerah dari Allah dan bukannya datang dari kuasa makhluk-Nya. Usaha dan tawakkal Insyaallah rezeki itu menjadi milik kita.

Latest Comments
  1. titan |
  2. zik |
  3. Wan |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info