Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Percintaan jarak jauh amat menyakitkan bagi kedua belah pihak. Sama saja antara lelaki mahu pun wanita percintaan jarak jauh umpama bunga mawar yang indah wangi namun dipenuhi duri yang menyakitkan.

Apabila berada jauh antara satu sama lain pasti diri mula merasa rindu tak keruan dan ingin bertemu kekasih hati. Ditambah pula jika keduanya perlu memberi komitmen terhadap kerja atau pelajaran yang tak membolehkan keduanya bertemu dengan kerap.

Apabila jauh, perasaan meragui kejujuran pasangan mula bercambah dalam hati. Sesekali kita mula curiga adakah hanya kita yang berada di hati si dia atau dia bermain kayu tiga.

Kemungkinan untuk salah satu pihak berlaku curang itu amat lah besar kerana faktor kesunyian berada sendirian tanpa kekasih hati di depan mata ditambah pula faktor godaan yang tidak mampu ditepis lagi.

Pada pendapat Kasih Suci setiap perhubungan cinta itu ada pasang surutnya. Ada pahit maungnya dan ada baik buruknya. Kekasih di depan mata pun boleh juga jika mereka nak curang, tak bermakna kekasih jauh pasangan akan berlaku curang. Kecurangan itu terletak pada individu itu sendiri sama ada mahu berlaku jujur atau berani mencurangi kekasihnya.

Tentang perasaan rindu pula jarang memang menjadi halangan, namun moden yang semakin canggih ini pelbagai kemudahan boleh memudahkan untuk pasangan berhubung. Boleh call 3G, boleh skype, ym, whatsapp dan macam-macam cara lagi. Moga kita merupakan seorang kekasih yang jujur walau kekasih hati di depan mata tau jauh nun di sana…wallaua’lam

Comments

comments

Powered by Facebook Comments