Home / Info / peristiwa 13 mei 1969

peristiwa 13 mei 1969

peristiwa 13 mei 1969Detik hitam dan peristiwa berdarah negara Malaysia, Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia.

 

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sejarah hitam negara Malaysia yang terkenal dengan keharmonian rakyatnya yang berbilang kaum. Implikasi dari peristiwa ini ialah mengakibatkan ramai yang kehilangan nyawa dan harta benda. Rusuhan kaum yang berlaku pada tarikh ini merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa ini berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.

Semangat perkauman timbul dalam kalangan rakyat Malaysia apabila isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sempena kempen pilihan raya 1969. Semasa kempen pilihan raya dijalankan, calon-calon pilihan raya dan ahli politik terutamanya dari parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini menyebabkan semangat perkauman antara kaum semakin menebal.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Penurunan jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Punca berlakunya peristiwa hitam ini adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi pilihan raya. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Pada pagi 13 Mei 1969 UMNO telah mengadakan perarakan balas yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor (Dato’ Harun Idris) di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung baru, Kuala Lumpur dengan berbekalkan pedang dan parang panjang. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Jam 4.00 petang dua orang penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Rusuhan besar-besaran berlaku antara orang Melayu dan Cina.

Pasukan FRU dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini yang terdiri daripada Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin marah. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.

Akhirnya Rejimen Renjer digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai dibakar di sekitar Kampung Baru dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ramai penonton Melayu yang mati di panggung tersebut.

detik hitam negara malaysiaNamun rusuhan kaum tidak terjadi di Terengganu, Kelantan dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak berlaku rusuhan. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Bentong ada tembakan oleh PKM.

 

peristiwa berdarah malaysia 13 mei 1969Angka korban rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tetapi menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD dari Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2000 orang mati dalam peristiwa hitam ini.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

16 comments

  1. Asslamualaikum… artikel yang baik… boleh sy tambah sikit? sekadar perkongsian ilmu…

    Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Punca berlakunya peristiwa 13 Mei merangkumi pelbagai aspek, tetapi antara yang jelas adalah kegagalan pemerintahan Tunku Abdul Rahman untuk memperbaiki ekonomi masyarakat Melayu yang miskin kerana dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. Sejak Malaysia merdeka, tiada satu dasar khusus yang digubal bagi memangkin ekonomi masyakat bumiputera yang cukup jauh jurangnya dengan masyarakat Cina. Keadaan ini telah menyebabkan munculnya perasaan tidak puas hati kaum bumi putera. Kemuncaknya Peristiwa 13 Mei telah menggambarkan kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri. Selain itu, ekonomi diperingkat awal kemerdekaan Negara amat bergantung kepada bijih timah dan juga getah yang mana dimonopoli oleh masyarakat Cina. Semua ini adalah rentetan daripada dasar pro-Barat yang diamalkan sehingga menyebabkan ekonomi Negara amat bergantung kepada eksport dengan Negara Barat.
    Melihat kepada kepincangan inilah, maka apabila Tun Razak memegang tampuk pemerintahan Negara pelbagai usaha telah digiatkan untuk memangkinkan ekonomi bumiputera dan memastikan perpaduan terus terpelihara.

  2. ini authoritynya dari mana? kaji dari buku mana? buku 16 mei oleh tunku abdul rahman?

  3. mai tang nk pilihan raya hmpa mula la nk kata pembangkang punca.. awat pembangkang xdak mlyu ka. smua xbley pakai sejarah nih.. byk putaq belit ja..

  4. untuk pengetahuan pak ma'on kisah diatas adalah kisah benar walaupun xditulis lebih lanjut ia juga menjadi kisah teladan kepada orang melayu sejati masa tuh xada kepartian seperti sekarang kerana orang melayu ditindas serta miskin…saya percaya kerana ayah saya berada ditempat berlakunya peristiwa ini orang cina membunuh melayu didalam panggung wayang…and masa tuh dipanggung ditulis dalam bahasa cina sebelom filem ditayangkan…dengan perkataan siapa orang cina sila keluar kami ingin mengebom orang melayu yang bangsat…tinggalah orang melayu yang berada didalam panggung…berapa banyak orang kita mati….politik lagi ker nih…..kita xperlukan parti untuk membentuk golongan melayu berbNgsa….akan tetapi kita perlukan sokongan orang melayu sepenuhnya…saya sayangkan bangsa buangkan perasaan kepartiann kita orang melayu kena bersatu padu

  5. S Amin Amiaimanhani

    Melayu mudah Lupa.

  6. Khairul Anuar Fadil

    hurmmm,, di sebalik cerita, atuk aq cite ada wali pun turun,, siap ada parang terbang,, parang atu aq tergntung lg,, ada bau darah,, padag kmpung baru jdi saksi penyembelihan,, wallahualam,,

  7. orang melayu sendiri mau ingatlah….nama sahaja melayu tapi tak bersatu jangan salahkan aku menulis begitu…..sebab aku melayu aku sayang bangsaku dan negaraku

  8. BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH!!!! TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

    • oleh sebab itulah.kite sebagai rakyat malaysia..hidup dalam pelbagai kaum..jangan sesekali menghina kaum lain..stiap daripada kita memiliki kelebihan dan kekurangan masing2..janganlah kite menjadi sperti negara lain..hidup dalam peperangan..sekarang ini kte lihat..bangsa kita sendiri ingin mnjatuhkan sesama sendiri..ingat,kita hanya meminjam kebebasan ini dari anak cucu kita..

      • Semenjak merdeka, Malaysia diperintah oleh sebuah Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional pada tahun 1971. Barisan Nasional merupakan satu gabungan parti politik yang telah mendapat majoriti dalam Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak kemerdekaan Malaysia.

        Namun, pada tahun 1969, buat pertama kalinya gabungan ini gagal mempertahankan majoriti dua pertiganya. Tekanan perkauman telah mengakibatkan rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan darurat yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara. Tun Razak telah dilantik sebagai Pengarah Operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehingga perintah Darurat dibubarkan dan Parlimen dipulihkan pada 22 September 1970. Semenjak peristiwa tersebut, sasaran utama Kerajaan merupakan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan juga untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

  9. mmg btl de prang terbang…cume xnk d citer kan..2 la senjata melayu..

  10. Tragis sungguh! :( tp byk btl version kes 13 may ni.. xtau mane satu yg betul, so confused..hmmmm.

  11. yerr prnag terbang mmg betoi arwah atok sy pon ader msa …peristiwa13mei…

  12. Yang pasti dari media telah diputar belit oleh kerajaan yelah kan media dia takkan nak burukkan diri sendiri malu la dia. apa yang terjadi dahulu sama seperti sekarang cuma sekarang dia main bangla susah sikit nak kalah pastu kutuk tsunami cina nak batu api sesama orang malaysia PUNCA SEMUA NI ADALAH umno semakin kurang penyokong dan hampir kalah sama seperti dulu selepas kejadian 13 may baru umno naik.Generasi kita tak percaya dah karut marut we love our country we love peace we are MALAYSIA Tsunami cina noo its called Tsunami malaysians if u not with us means u with bangla Nasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge