Home / Info / Peristiwa Dan Pengajaran Perang Badar

Peristiwa Dan Pengajaran Perang Badar

Perang Badar

Setiap kali kedatangan Ramadhan al-Mubarak akan mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang berlaku pada bulan ini, yang menghendaki kita sama-sama merenungi dan mengambil pengajaran darinya. Antara peristiwa besar yang berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peperangan Badar al-Kubra pada tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Peperangan ini adalah merupakan titik tolak kepada kemenangan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan risalah Islam seterusnya.

 

Melalui peristiwa peperangan Badar al-Kubra yang penuh bersejarah ini, terlalu banyak pengajaran dapat kita petik dan teladani sebagai bekalan kehidupan harian kita. Antaranya ialah:

 

Pertama: Agama Islam yang kita anuti dan nikmat hari ini adalah merupakan hasil perjuangan yang menuntut pengorbanan yang tinggi dari para pengdukungnya, khususnya Nabi dan para sahabat baginda s.a.w. Oleh yang demikian, marilah kita hargai Islam ini dengan mengamalkan sepenuhnya.

 

Kedua: Syura atau bermesyuarat sebelum membuat apa-apa keputusan dalam perkara yang tiada nas yang jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah, adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak harus diabaikan.

 

Ketiga: Keimanan yang kental, doa yang berterusan serta tawakkal yang tinggi kepada Allah SWT merupakan senjata yang ampuh dan berkesan bagi menghadapi sebarang serangan musuh-musuh Allah dan Islam di sepanjang zaman.

 

Keempat: Sesuatu kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan jika ianya tidak disertai dengan strategi yang betul, perancangan dan penyusunan yang kemas dan rapi.

 

Kelima: Sebagai umat Islam kita mestilah yakin bahawa sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi pertolongan dan kemenangan kepada perjuangan Islam sekalipun jumlah pendokongnya kecil dan kekuatannya terhad.

 

Semoga semangat dan roh kemenangan Badar al-Kubra yang bersejarah ini akan kembali berulang di abad ini, dan membakar semangat kita supaya sama-sama kita bangkit menghayati dengan teguh mendokong perjuangan Islam dan kepimpinannya. Dengan ini sahajalah, agama Islam akan terbela, syariatnya akan tertegak gagah dan rahmatnya akan dapat dinikmati dalam negara ini oleh semua lapisan masyarakat dalam tempoh terdekat Insyaallah.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

One comment

  1. hahaha , ni rome total war atau empire total war ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close