Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca nukilan Kasih Suci. Apa khabar semua? Ada yang sedang menahan perit akibat merindui dia yang jauh?

Bila jatuh sayang pasti ada rindu membara. Makin lama tak bersua makin pedih rasa denyutan rindu di dada. Bagaimana untuk kita hadapi rindu pada si dia?

1.Isi masa lapang kita dengan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan kita terlalu memikirkan si dia.

2.Telefon dia bertanya khabar dan berutus berita.

3.Jika punyai gambar dia sesekali lihatlah gambar dia agar reda sikit rindu di dada tu.

4.Atur pertemuan antara kamu dan dia jika sudah lama tak bersua. Mungkin dengan cara begitu akan meredakan rindu dendam antara kalian. Dalam bercinta memang perlu sesekali bertemu agar tidak terlalu memendam rindu yang meyesakkan dada.

5.Pilih jalan untuk bersatu jika dah tak mampu untuk berjauhan. Jika telah mampu berkahwin apa kata kamu dan dia bersatu agar tak perlu berpisah lagi.

6.Sesekali text dia dengan kata-kata yang indah agar dapat meluahkan perasaan yang terbuku di dada.

7.Gunakan barang pemberian si dia seperti baju, mug atau apa saja yang dia hadiahkan. Bak kata orang tak dapat lihat tuannya dapat guna pemberiannya sudah cukup membahagiakan.

8.Cipta kejutan buat dia. Tiba-tiba muncullah depannya tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu. Menemui si dia secara tiba-tiba saat kita merindu sangat indah dan bermakna.

Rindu itu pelengkap bagi sesebuah perhubungan dua hati. Sakitnya merindu akan jadi indah bila dapat bertentang mata. Selamat berkasih sayang. Salam sayang dari Kasih Suci

Comments

comments

Powered by Facebook Comments