Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca nukilan Kasih Suci? Sekarang ni dah masuk bulan Julai dan nampaknya ramai pasangan sedang sibuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka selepas lebaran nanti.
Biasanya bakal suami tak berminat nak memikirkan tentang masalah bulan madu tetapi pihak bakal isteri bersungguh nak ajak berbulan madu. Duit untuk majlis perkahwinan dah berbelas ribu habis ini nak berbulan madu pula? pasti si lelaki mula pusing kan?
Ada yang berpendapat bulan madu tak penting pun, nanti ada rezeki boleh jalan makan angin bila-bila masa…bukan hanya lepas berkahwin saja boleh jalan. Penting ke bulan madu?Pada pendapat Kasih Suci pula bulan madu itu sangat penting kerana itulah peluang buat pasangan baru ni nak kenal mengenali dengan lebih baik lagi. Peluang buat mereka menikmati saat manis bersama tanpa insan lain. Peluang mengecapi bahagia yang sangat indah…hanya mereka berdua sahaja.
Ada yang bertanya boleh ke nak bawa mak berbulan madu sekali? hehehe…itu bukan bulan madu, itu makan angin namanya. Jika ada ibu terutama ibu kepada suami pastinya si isteri akan malu-malu untuk bermanja dengan suaminya lebih-lebih lagi di depan mertuanya. Malas suami juga pasti akan jaga pergaulannya dengan si isteri kerana segan dan menjaga hati ibunya.
Sebelum punyai anak apa kata luangkan masa, sediakan sikit simpanan untuk cipta kenangan bulan madu buat kamu berdua. Tak perlu pergi jauh, cukuplah ke suatu tempat yang mampu untuk kalian habiskan masa berdua dengan sebahagia mungkin. Jom honeymoon!
Comments
Powered by Facebook Comments
