Home / Info / Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM(KPLSPM) 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM(KPLSPM) 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM 2012

Berita baik untuk pelajar lepasan SPM. Kini Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM 2012 telah dibuka pada 22 Mac 2012. Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang layak dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP).

 

Antara syarat-syarat untuk seseorang itu layak mengikuti pengajian ke Maktab Perguruan adalah:

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat tubuh badan.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat SPM dengan mendapat cemerlang mana-mana tiga mata pelajaran dan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

 

Cara Memohon

Permohonan untuk KPLSPM ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara online melalui laman web Aplikasi KPLSPM 2012. Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.

 

Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

 

Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.

 

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

 

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang. Hubungi saya di [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge