
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua? maaf lambat Kasih Suci update entri hari ni akibat kesihatan diri yang tidak mengizinkan. Kali ini ingin Kasih Suci bincangkan tentang pertemuan dan perpisahan.
Amat indah apabila berlaku pertemuan dan bermula bibit cinta antara dua hati, namun apabila kita bersedia membuka hati untuk menyintai seseorang kita perlu juga menyiapkan diri sekiranya berlaku perpisahan antara kita dan dia.
Perpisahan…amat pedih bunyinya, malah nak menyebut saja kita tidak mampu bukan? tetapi ketahui lah cinta umpama perjudian atau pertarungan. Jika kita menang kita akan berjaya sampai ke penghujung dan berbahagia bersama si dia, tetapi apa jadi jika berlaku perpisahan? merana, duka, kecewa dan putus asa?
Putus asa bila berlaku perpisahan adalah satu perkara yang tak perlu ada. Mengapa perlu musnahkan impian masa depan hanya kerana kekgagalan bercinta. Kerana apa yang terjadi di muka bumi ini adalah aturan dari Illahi, Dia Maha Mengetahui apa hikmah berlaku pertemuan atau perpisahan itu.
Jika berjaya harungi percintaan hingga mencapai matlamat hidup bersama panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana Dia berikan kita nikmat bahagia, jika gagal bertabah dan berdoalah agar diberi ketenangan menghadapi ujian berat itu dan berharap akan dipertemukan dengan jodoh yang baik, insyaAllah. Ingatlah janji Allah kita dijadikan berpasang-pasangan, cuma mungkin jodoh kita masih jauh atau belum sampai lagi…wallahua’lam
Comments
Powered by Facebook Comments
