Assalamualaikum…
Dalam sesuatu perhubungan pasti disulami dengan sesekali pertengkaran akibat salah faham atau berasa tidak puas hati atas tindak tanduk pasangan. Mengapa tercetuh perbalahan sedangkan masing-masing saling sayang? secara tak sengaja ia terjadi dan pastinya ia melukakan kedua pihak.
Bila bertengkar masing-masing cuba menegakkan pendirian dan akhirnya dua hati turut terluka. Biasanya wanita akan mudah mengalah walau mereka bersalah kerana mereka tak sanggup bermasam muka terlalu lama. Namun ada juga wanita yang keras hati tidak mahu mengalah kerana tiap orang punya perangai tersendiri kan…
Bagi mereka yang perasan ada sifat panas baran dalam pasangan anda, sila pupuk sifat sabar yang tebal dalam diri. Andai berlaku berpalahan sila jarakkan diri dan beri ruang dua pihak berfikir. Amat dirisaukan jika keduanya panas hati akan berlaku masalah yang tidak berpenghujung malah mungkin masalah lebih menjadi berat akibat terkeluar perkataan yang menyakitkan pasangan .
Fikiran yang matang mampu menangani apa jua masalah yang tercetus dalam perhubungan. Sama ada kita salah atau tidak, tidak rugi andai mengalah dulu untuk meredakan keadaan. Mengalah tak bererti salah…bukan begitu?
Comments
Powered by Facebook Comments
