Home / Cinta / Petanda Dia Jodoh Kita

Petanda Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam mengejar insan yang kita sayang kadang kala kita agak tertanya-tanya adakah dia jodoh kita nanti.  Untuk mengenal pasti apakah tanda-tanda dia jodoh kita mari kita lihat beberapa perkara di bawah:

 

Gambar-gambar Animasi Cinta 3

1.Bersahaja

-Si dia nampak bersahaja dan tidak berlakon. Kadang kala ada yang berlakon dan nampak kurang selesa sebab terpaksa berlakon di depan kita dan cuba menjadi insan lain dan bukan dirinya sendiri.

 

2.Senang atau selesa bersama.

-Apabila bersama walau sekerap mana pasti merasa senang dan selesa. Tiada pernah rasa jemu malah sentiasa rasa gembira bila dapat meluangkan masa bersama.

Apabila berjauhan akan terasa bahang rindu terbeban di dada. Ketiadaannya di depan mata akan buat kita rasa gelisah dan kerinduan. Begitu juga bila si dia kerinduan bila berjauhan dengan kita.

 

3. Terima Kita Seadanya

- Dia menerima baik buruk dan kisah silap kita. Dia sudi menerima kita seadanya tanpa minta kita berubah kerana dirinya. Dia juga tanpa paksaan rela berkongsi kisah hidupnya pada kita. Jelas kelihatan dia tiada menyimpan rahsia hidupnya dan sedia berkongsi segalanya dengan kita.

 

4.Sentiasa jujur

-apabila kita dan dia berjauhan jujur menjadi tunggak dalam perhubungan. Walau jarak memisahkan namun si dia sentiasa percaya pada kita asalkan tidak menyalahi hukum dalam pergaulan.

Begitu juga dengan dirinya yang sentiasa mementingkan kejujuran agar hubungan sentiasa aman dan saling mempercayai

 

5.Saling Percaya

-Kekasih yang kita rasa adalah bakal menjadi jodoh kita adalah insan yang paling rapat dengan kita. Setiap insan punyai rahsia hidup mereka sendiri. Kadang kala sahabat karib pun boleh jadi duri dalam daging, tak boleh memegang amanah menjaga rahsia kita. Namun dalam perhubungan antara kekasih seeloknya kita saling mempercayai antara satu sama lain kerana apabila telah bersatu kita akan berkongsi kehidupan dengannya kelak.

 

6.Bekerjasama

-Dalam hubungan cinta pastinya kerjasama amat penting. Jika sukar mencapai kata sepakat dan tak boleh bekerjasama bagaimana untuk tinggal sebumbung kelak.

Kata sepakat dan perbincangan penting dalam bekerjasama bagi melakukan sesuatu keputusan dan keputusan.

7.Memahami

-Pastikan dia amat memahami. Jika ingin perhubungan erat dan intim perlu saling memahami. Pastikan si dia amat memahami apa yang kita suka dan tak suka. Dia juga sahabat, penasihat dan sentiasa berada di saat kita susah, gembira, senang dan berduka.

Dia juga sanggup berkorban di saat kita sangat memerlukan bantuan tanpa mengira waktu dan keadaan.

Dia juga sentiasa mendamaikan dan menyejukkan hati kita yang sedang marah kerana dalam perhubungan pastinya akan berlaku sikit pertengkaran atau salah faham. Jika dia jenis orang yang tidak mahu mengalah mungkin keadaan akan menjadi sukar jika bertemu jodoh nanti.

8.Mempamerkan kelemahan

-Setiap insan pasti ada kelemahan. Kadangkala untuk nampak sempurna kita akan sentiasa berusaha untuk tampil hebat di depan insan tersayang. Namum jika dia jenis tak berlakon pastinya dia akan mempamerkan kelemahannya pada kita tanpa cuba berselindung.

Jika dia jatuh sakit dan tak terurus pasti dia tak menghalang kita dari melawatnya walaupun saat itu keadaan dia tak sehebat selalu.

9.Kata Hati

Tiap insan punyai deria keenam ini. Jika gerak hati yakin dan berkata ye dia adalah insan yang terbaik untuk kita maka ikutlah gerak hati itu.

Setelah berusaha memilih insan terbaik dan telah berdoa dan berserserah pada Yang Esa…maka ikutlah gerak hati itu…moga allah mengurniakan insan terbaik buat kita.

10.Mimpi

-Setelah berusaha, dan membuat solat iktikharah…apabila mendapat mimpi dialah insan terbaik maka teruskanlah. Jika petanda dari mimpi menunjukkan dia bukan jodoh kita tolaklah dia dengan baik tanpa melukakan hatinya. Urusan jodoh di tangan Allah…kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha sebaik mungkin dan berdoa agar ditemukan insan terbaik buat kita.

 

Bagi yang ingin menemui mendekat jodoh dengan insan tersayang boleh lah amalkan doa ini:

 

doa-mendapat-jodoh

 

Moga kita bertemu jodoh dengan insan yang kita impikan…

sumber rujukan:http://www.razzirahman.com/artikel25.html

Pp

About Kasih Suci

15 comments

  1. Sibieha Hantu Susu

    ermm…NO KOMEN

  2. emmm…thanx atas info.

  3. Diana Agustina Amir

    InsyaAllah…^^

  4. Kemboja Putih

    Like..

  5. mudah mudahan dapat jodoh…..amin.

  6. Farah Amalina

    Along..hehe..

  7. gelak pasai pa nie ….. nie mesti ada pa2 nie habaq kaih

  8. owrr

  9. Rapunzle da Angel

    <3

  10. nurul affendy

    insyallah dia ialah jodoh saya .. dan saya akan sentiasa berdoa untuk menjadikan perhubungan kami berterusan denga restu allah .. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge