Siapa yang tidak kenal dengan ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid. Isteri kepada Acis @ Hasridz Murshim Hashim Abdullah ini memang terkenal dengan kecantikan semulajadinya walaupun telah mempunyai empat orang cahaya mata. Bagi Sheila, anak umpama nyawa dan adalah sangat membahagiakan apabila melihat anak membesar di depan matanya sendiri. Dan Sheila tidak kisah jika anak-anaknya mahu mengikut jejaknya dalam bidang seni tetapi mestilah dengan alasan yang betul.
Beralih tentang rumahtangga yang dibina dengan Acis sejak 2003, ternyata pasangan bahagia ini mempunyai petua tersendiri dalam mempertahankan kebahagiaan rumahtangga mereka. Bagi Sheila, Acis bukan sahaja seorang bapa yang baik, malah suami yang begitu memahami dan banyak membantunya dalam banya
k perkara terutama berkaitan karier seninya. Pasangan ini menjadikan komunikasi sebagai teras dalam berdepan dengan apa jua perkara.
Comments
Powered by Facebook Comments
