Home / Cinta / Petua Memikat Hati Lelaki

Petua Memikat Hati Lelaki

 

Petua Memikat Hati Lelaki

Tahukah anda cara menawan hati kekasih?

Alangkah bertuahnya badan jika orang yang kita minati, yang kita jeling-jeling setiap hari, yang kita termimpi-mimpi, rupa-rupanya sama menaruh hati. Mustahil? Tak juga. Sebenarnya, kalau bercakap soal hati, lelaki dan wanita, walaupun ada persamaannya, namun tetap ada yang berbeza. Kali ini, saya tidak berhasrat untuk menulis mengenai cara memikat wanita, tetapi bagaimana memenangi hati lelaki. Apa yang menariknya, yang menulis artikel ini juga lelaki, yang ikhlas membicarakan, dari hati ke hati. Baiklah, untuk menawan hati si dia, anda harus:

1) Jadi Seperti Perempuan

Duhai kaum Hawa sekalian, jika anda ingin menawan hati lelaki, jadilah seperti wanita! Kebanyakkan orang lelaki tidak akan tertarik dengan orang perempuan yang tidak seperti perempuan. Gaya lenggang anda ketika berjalan, tutur bicara anda, gerak-geri anda, adab sopan anda, pakaian anda, adakah semuanya seperti seorang perempuan? Anda harus sedar bahawa kami lelaki, menganggap wanita itu lembut, halus, tertib, penuh kesantunan dan sebagainya. Jika perwatakan anda kasar, berjalan seperti kaki pukul, orang lelaki pun takut. Pendek kata, jadi feminin, bukan maskulin!

2) Jangan Terlalu Tunjuk Pandai

Bukannya lelaki benci atau tak suka wanita yang cerdik dan bijak. Namun jika anda menunjukkan seolah-olah anda lebih bijak dari lelaki, ini akan menimbulkan perasaan yang agak tidak selesa bagi lelaki tersebut. Kalau anda nak tahu, lelaki suka jika pasangannya memujinya kerana kepintaran dan kecerdikannya. Ingat, walaupun mungkin anda tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau menrendah-rendahkannya, jangan sampai anda calarkan egonya dengan menunjukkan anda terlalu bijak untuk dirinya. Beri peluang untuk dia mempamerkan kebijaksanaannya dan bakat kepimpinannya yang ada. Minta darinya pendapat atau cadangan kerana tidak secara langsung anda telah mengiktiraf dan mengakui kehebatannya dan mereka juga akan berasa bangga. Ingat, tiada halangan untuk anda menjadi genius sekalipun, namun, bila bersama dengan lelaki kesayangan anda, pandai-pandailah kawal diri.

3) Ambil dan Jaga Hatinya

Jika anda ingin menawan hati lelaki, anda juga perlu pandai mengambil hatinya. SMS lah padanya bertanyakan sudah makan atau belum, bagaimana dengan kerjanya di pejabat dan sebagainya. Dengan kata lain, jadilah seorang yang caring! Tapi nasihat saya, janganlah terlalu sibuk bertanya itu dan ini padanya kerana takut-takut rimas pula jadinya nanti. Asalkan si dia tahu bahawa anda mengambil berat tentang dirinya cukuplah. Selain itu, anda juga boleh masak masakan kegemarannya untuk mengambil hatinya. Tak tau masak? Tiada masalah. Anda boleh mengambil hatinya walaupun apa yang anda berikan padanya hanyalah sebungkus kerepek ubi pedas.

4) Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Kewanitaan

Percaya atau tidak, walaupun memasak, menjahit, mengemas, menghias dan sebagainya bukanlah kemahiran wajib yang perlu anda tahu, namun memiliki kemahiran tersebut merupakan bonus buat anda. Orang lelaki akan lebih tertarik jika mereka tahu anda pandai memasak, menjahit, rajin mengemas dan sebagainya. Jika anda ada kemahiran memasak contohnya, tunjukkan kehebatan anda. Biarkan si dia rasa masakan anda yang paling special ataupun buat kejutan dengan menyediakan menu kegemarannya. Jangan pandang rendah pasa kuasa masakan. Dalam rumahtangga, masakan adalah rahsia isteri memikat hati suami mereka! Sebenarnya, selain menaikkan saham anda, ilmu dan kemahiran-kemahiran ini menonjolkan lagi nilai keibuan yang ada pada diri anda. Mereka pasti cair!

5) Berikan Dirinya Peluang

Jangan lakukan segalanya seorang diri, tetapi berilah dia peluang untuk mengurat atau memikat anda pula. Kalau difikir-fikirkan, rata-rata bagi orang perempuan, lelaki lah yang patut memulakan, betul tak? Ciptalah peluang agar dirinya dekat dengan anda. Berikan dia ruang agar dia dapat melihat anda atau menghampiri anda tanpa sebarang halangan. Lelaki ini ramai yang pemalu. Jika anda sering berada dalam kelompok kawan wanita anda, mungkin dia malu untuk menghampiri. Sekali-sekala, tak salah untuk berada di luar kelompok tersebut untuk memberi ruang padanya.

6) Cari Persamaan

Persamaan itu menimbulkan tarikan. Apabila anda berjaya menampakkan diri anda sebagai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya, ini akan menjadikan si dia tertarik untuk mendekati dan mengenali anda dengan lebih mendalam. Mungkin anda boleh berkongsi hobi, makanan kegemaran, warna kesukaan dan model kereta yang sama. Tetapi ingat, jangan sampai anda terpaksa menipu dengan mewujudkan persamaan ciptaan anda sendiri. Sebaiknya, cuba cari persamaan yang benar-benar wujud antara anda dan dirinya.

7) Hampir Dengannya

Orang yang paling hampir dengan kita, yang selalu berada dekat dengan kita, adakah kita mudah melupakannya? Mungkin tidak. Selain persamaan, ahli psikologi menjelaskan bahawa kita mudah tertarik dengan orang yang berada dekat atau hampir degan kita. Jadi, usahakanlah agar anda selalu berada hampir dengannya. Cara yang paling mudah ialah menjadi kawannya. Berkawanlah dengannya dahulu. Lagipun anda perlu mengenali hati budinya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bercinta dengannya, apatah lagi menjadikannya sebagai teman hidup.

 

Bagaimana dengan kecantikan? Tak dinafikan, lelaki mudah tertarik dengan kecantikan raut wajah dan tubuh badan. Tapi, bukankah kecantikan itu subjektif. Cantik pada mata anda, mungkin tidak pada mata orang lain. Percayalah, setiap insan diciptakan berpasangan. Apapun, sebagai wanita, anda perlu pandai menghias diri. Janganlah dibiarkan diri nampak selekeh dan tidak terurus. Sebenarnya kalau nak diikutkan, banyak lagi ingin saya kongsikan. Namun, cukuplah dengan apa yang telah saya sajikan. Sedikit ilmu dan pandangan ini harap bukan sekadar jadi renungan, tapi biarlah diamalkan.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang. Hubungi saya di [email protected]

16 comments

  1. bercinta lah jangan lupakan allah.

  2. Cinta yg plg kekal hnya 1…
    iaitu cnta pda TUHAN…

  3. cinta…..saya pelik kenapa dia suka kan saya…

  4. Husna Mohd Nor

    cinta? laa..saya belumpernah rasa cinta lagi lah.. we'r still 13 ^_^ huhu.

  5. hehe tq ek bgi tip nie..harap2 dapt la..

  6. bagus

  7. k sye akan cube utk pikat ati ikmal.

  8. harp2 menjadi lah doa kan utk sye.

  9. saya ingin memikat hati cowok saya? bgaimn yaa

  10. haha..asenya btol jgak tips tu semua..sye akan cube untk die yg trsyg..

  11. <3 , will try ^^.

  12. humm dh mcm² care sye buat tpi sye tetap x nampak perubahan dye…., sedih tetap melande dri sye…..,

  13. sye dh cuba ubah perangai sya yg agk t0mb0i skit nie …ttapi sye xbrhasil lha …malah ia mndatangkan musibah kpda sye …mcam mne nie ,,,,….???

  14. Tenx share idea.. Harap2 mnjadilah ia..

  15. Sy sukakn dia..tp x dpt nk smpikn msej tu kat dia…kmi jarang bhubung…dia x cuba nk bkwn sejak dtipu ole gfnya dulu..apa ptut sy buat? Sy syg dia……….~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge