Home / Info / Planet Yang Mempunyai Tiga Matahari

Planet Yang Mempunyai Tiga Matahari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. ScienceDaily (13 Julai 2005) – Pasadena, California, saintis telah mengesan sebuah planet diluar sistem solar yang mempunyai tiga matahari dalam sistemnya – satu fenomena yang luar biasa serta mencabar teori biasa ahli astronomi AS.

 

 

 

 

 

 

 

Animasi Di atas menunjukkan hipotetis bulan yang mengelilingi planet pertama yang diketahui berada dalam sistem bintang triple-bersatu-padu. Planet gas raksasa, dijumpai menggunakan teleskop Keck I di puncak Mauna Kea di Hawaii. Gambar / animasi kredit: NASA / JPL-Caltech.

 

Penemuan ini dilaporkan dalam “Nature” edisi 14 Julai. Untuk melihat animasi sistem pergerakkannya seperti yang dilihat dari bulan sila ke link ini:

http://www.nasa.gov/mov/122304main_trinary_sunset-low.mov

 

Planet yg terdiri daripada kumpulan gas bersaiz lebih besar daripada planet Musytari itu, mengelilingi matahari atau bintang utama daripada sistem tiga bintang tersebut yg dikenali sebagai HD188753 di buruj Cygnus (The Swan). Waktu orbitnya sekitar 80 jam.

 

Penemuan ini tentu saja akan menolak teori yang menyatakan bahawa planet-planet terbentuk daripada debu dan gas yang mengelilingi sebuah bintang tunggal. Pertemuan ini juga telah membuat para saintis berusaha mencari untuk planet-planet baru.

 

 

 

 

 

 

 

Gambar di atas menunjukkan Konsep orbit sistem bintang tiga disebut HD 188753, yang ditemui planet “hot Jupiter”. Gambar / animasi kredit: NASA / JPL-Caltech.

 

Software Quicktime menunjukkan animasi pusat orbit sistem dengan tiga matahari, sila klik link ini:

http://www.nasa.gov/mov/122303main_orbital_path_web.mov

 

Kumpulan 3 bintang dan planet itu letaknya sejauh 149 tahun cahaya dari bumi dan jaraknya hampir sama dengan jarak matahari kita dengan planet Saturn. (satu tahun cahaya adalah sejauh 9.65 trillion km).

 

Jika anda berada di planet tersebut anda akan dapat melihat tiga matahari di langit walaupun pusat orbitnya berlegar pada bintang utamanya yang bewarna kuning’. Menurut para astronomi dari California Institute of Technology, bintang lain yang lebih besar berwarna jingga, dan satunya yang lebih kecil berwarna merah.

 

Matahari yang kedua bewarna oren dan yang terkecil bewarna merah. pertemuan terbaru ini mencabar teori ahli astronomi sebelum ini yang menyatakan planet kebiasaannya menghasilkan gas dan debu yang akan mengelilingi sebuah bintang.

 

“Dengan pertemuan ini kita mengetahui bahawa terdapat lebih banyak planet di luar sana yang belum diketahui,” kata saintis astronomi Caltech Maciej Konacki yang menulis artikel penyelidikan. Planet jenis baru ini sebagai ‘Tatooine Planets’ kerana mempunyai persamaan dengan planet kediaman Luke Skywalker dalam filem ‘StarWars’.

 

Setakat ini kebanyakan planet Extrasolar – berada di luar sistem suria kita – dijumpai dengan cara mengamati keadaan fizikal goyangan cahayanya, serta terdapat tarikan graviti dari objek lain yang berkemungkinan besar adalah planet.

 

Kaedah ini kurang berkesan untuk digunakan dalam pencarian planet dalam sistem binary atau multi bintang. Selain itu, terdapat teori menyatakan planet-planet tidak terbentuk dalam persekitaran seperti ini. Oleh itu, Konacki mengukur kelajuan objek-objek di sistem multi-bintang dengan menggunakan planet Tatooine.

 

“Bagaimana planet yang dibentuk sedemikian tatacara rumit sangat membingungkan. Saya percaya masih ada banyak yang perlu dipelajari tentang bagaimana planet-planet raksasa terbentuk,” kata Konacki.

About Mat Selipar

Saya merupakan seorang insan biasa tetapi ingin menjadi luar biasa. Saya suka berkongsi cerita dengan anda semua... :). Untuk sebarang pertanyaan,permintaan atau komen bolehlah emelkan kepada saya di [email protected]

One comment

  1. PLANET BARU planet Extrasolar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Close