Punca Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Diketahui

Gambar Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor BahruPunca Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Diketahui

25 Oktober 2016 lepas negara dikejutkan dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan enam orang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian itu.

Terbaru, punca sebenar kebakaran Hospital Sultanah Aminah sudah diketahui.

Berpunca Daripada Kebakaran Kapasitor Lampu

Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), Oktober lalu, berpunca daripada kebakaran kapasitor lampu di bangunan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, percikan api daripada kapasitor berkenaan kemudian mengenai bahan yang mudah terbakar sebelum api menjadi marak dan tidak terkawal.

“Laporan daripada bomba, Jabatan Kerja Raya dan Suruhanjaya Tenaga juga telah diterima dan diteliti selain suruhanjaya bebas yang ditubuhkan bulan lalu juga telah memulakan siasatan mereka.

Proses Membaik Pulih Memakan Masa 6 Bulan

“Berdasarkan laporan ini, suruhanjaya bebas tersebut akan melihat semula prosedur-prosedur yang terdapat di kementerian dan mereka yang diberi tanggungjawab menjaga perkhidmatan sokongan di hospital,” katanya.

Menurutnya, proses membaik pulih bangunan HSAJB yang terbakar juga sedang dilakukan dan dijangka mengambil masa enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya selain akan menambah baik perkhidmatan yang sedia ada bagi mengurangkan kesesakan.

Sumber Asal: Sinar Harian

Comments
  1. Nazrul |

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
PRchecker.info