Home / Info / Rahsia Misi Dajjal Dan Freemason Di Timur Tengah

Rahsia Misi Dajjal Dan Freemason Di Timur Tengah

rahsia dajjal dan freemason

Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.
Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah – maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, – Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulannya

Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Imam Mahdi adalah khalifah yang akan mengetuai tentera fisabilillah yang akan muncul dari timur….

Wallahu’alam.

Dicatat oleh Tentera Fisabilillah

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

30 comments

  1. sama juga apa yang berlaku di syria hari ini….

  2. this information is interesting.Lpas nie kte kne lbih berjge-jge.berdoa spye misi dajjal tersebut tidak berjaya.Amin….

  3. Zamzulaila Abdul Mutalib

    logik JUgak

  4. kepada tuaan blog..knapa ada sesetengah cerita tdak boleh dibace yew?

  5. Muhara Hayang Endthecan't

    ini sangat logik,,,negara'' barat sangat kaya dari segala aspek,,,so,,,klu hanya dgn alasan politik n' ekonomi spai mjajah negara'' islam,,,itu sangat tdk logik,,,,perlu difikr matang'',,,,,,

  6. dkata kan Dajjal ttp akan muncul, mnusia akan lalai, turunnya Nabi Isa utk mmbunuh Dajjal…wajib kite mmpercayai nya skira nya beriman pada Allah,Kitab dan Rasul Nya..

  7. bukan tu je…hiburan, duit, budaya2 muzik dan byk lg tu dikuasai oleh yahudi…luaskan pandangan korang…byk lg benda tu..semua hanya 1 tujuan….dajjal..

  8. AbdSalam BasokAlhaj

    Semuanya menguji keimanan kite, tiga sekutu besar yg x pernah bersatu akn bersatu demi memusnahkan tiga faktor penghalang misi dajjal, skg ni dajjal sudahpun memerintah dunia, sejak sultan salahuddin al-ayyubi membebaskan baitul maqdis semasa perang dunia ke 2, kemudian dirampas semula oleh musuh islam hingga kini, tidak ada yg mmpu membebaskn baitul maqdis dri cengkamn israel yahudi kristian, hnya imm mahdi bersama2 nabi isa yg akn membebaskan baitul maqdis, ummat islam mengecam sbg usha kuasa politik islam ttpi tunduk sbb kekuatan kuasa politik & ekonomi yg dikuasai oleh musuh2 islam sbg strategi misi dajjal

  9. penyokong al-mahdi

    masjid al-aqsa bakal diroboh oleh yahudi yg menggali terowong dibawah masjid itu,kemunculan imam mahdi sudah hampir kerana tanda2 kiamat sudah kian nampak dan kuil haikal nabi sulaiman akan dibina diatas tapak al-aqsa utk dijadikan kubu dajjal,marilah sama2 kita berdoa supaya imam mahdi bakal diberi kekuatan oleh allah utk menjatuhkan dajjal dan sekutunya.

  10. brati dajjal sudah munculL ,…!!

    • MUHARA HAYANG

      dajjal sdah lma ada dpermukaan bumi ini,cma blm mpu utk mnaklukkan ummat Muhammad scrara total,nmun perlu d,ingat bahwa dajjal x akan bhnti slma msih byak yg konsekwen kpda ajaran RASULULLAH,,,,

  11. Allah Maha Kuasa.. Rasulullah saw pun pastinya syurga adalah tempat baginda di akhirat nti! Yg jelasnya Allah ingin mlihat siapa umat Islam yg benar2 briman bangkit mmpertahankan n mmperjuangkan ksucian Islam n bjuang krn Allah! Itu yg harus kita fikirkan n moga kita tdk msuk dlm golongan yg seast! Bsegeralah dlm mngerjakan amalan soleh suoaya kita tdk tpengaruh dgn fitnah AL MASIH AD DAJJAL spt yg Rasulullah saw pernah pesan ddlm hadith! Renung2kanlah!

  12. takut tgk mata kt logo tuh..

  13. kita sebagai Islam ni, wajib amik peranan, sekarang bukan masa nak berfoya-foya, we have to be ready always..

  14. Kita patut membanyakkan solat

  15. sangat masuk akal.. ^_^

  16. yeah… sgt2 masuk akal… subhanallah!

  17. Are'jay Vacauinside

    sebagai orang islam kita harus percaya akan kemunculan dajjal laknattullah ini mari kita tingkat kan iman kita.

  18. Dayat Guerero

    janji ALLAH S.W.T tidak dapat dihalang..

  19. Apakah mungkin Allah akan melahirkan Imam mahdi itu didalam pengetahuan Dajjal? Maha bijaksana Allah telah menakdirkan imam mahdi lahir di tanah emas. Di hujung.

  20. biar apa sekali pun tindakan dajjal..janji allah itu pasti..al mahdi tetap akan muncul.. allahu akhbar..

  21. Ya ALLAH Ya Tuhanku selamatkanlah aku daripada fitnah dajjal ya ALLAH………………..TAKBIR! ALLAHUAKBAR

  22. marilah bersama menggalas tugas Rasulullah saw dan para sahabat mengajak saudara2 islam utk istiqomah bersujud kpd Allah dan mengimarahkan masjid serta surau2..ianya pasti akan menguatkan jemaah dan pasti menimbulkan rasa gerun musuh2 islam..janji Allah pasti benar sehingga dtgnya seruan jihad pasti kita akan lebih bersedia..

  23. Sunni Fahamanku

    atikel terlalu bodoh , maaf aku katakan , Syiah itu agenda Yahudi , usah kamu menangkan mereka , Demi Allah Iran tidak akan diserang! demi Allah kaum Parsi ini bencikan Islam , mereka tidak Islam mereka kafir!

  24. Sunni Fahamanku

    Al Mahdi adalah dari Ahlul Bait dan Ahlul Bait bukan dari Syiah ,

  25. ShamShaieza Burn

    Terima kasih
    Iklan byk sgt kat blog u
    Sampai x boleh baca langsung
    Munggunakan android smartphone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge