resepi daging lada hitamGambar dayangjack.blogspot.com

RESEPI DAGING LADA HITAM

Jika sebelum ini Ammar ada berkongsi dengan anda semua resepi daging masak kicap tetapi kali ini sekali lagi Ammar ingin berkongsi satu resepi yang berasaskan daging iaitu resepi daging lada hitam. Bagi sesiapa yang suka makan pedas sangat sesuai makan daging lada hitam ini. Daging lada hitam agak sedikit pedas jika dibandingkan dengan daging masak kicap. Bagaimanakah cara untuk memasak daging lada hitam ini? Mari kita mulakan dengan bahan-bahannya dahulu.

Bahan-bahan:

500gm daging batang pinang yang dipotong dadu dan direbus empuk

1 pakej rempah lada hitam segera

2 labu bawang merah(dimayang)

2.5cm halia(dimayang)

1 sudu makan sos tiram

1 sudu makan kicap pekat

1 batang daun bawang(dihiris)

garam dan gula secukup rasa

minyak masak

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan halia sehingga naik bau

2. Kemudian masukkan daging dan digaul sebati

3. Masukkan rempah lada hitam segera, garam, gula, kicap pekat dan soso tiram. Gaul sehingga sebati dan tambahkan sedikit air jika perlu.

4. Akhir sekali, taburkan daun bawang, hiaskan mengikut kreativiti anda dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi daging lada hitam ini.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments