Home / Resepi Masakan / RESEPI DAN CARA BUAT PAVLOVA

RESEPI DAN CARA BUAT PAVLOVA

resepi dan cara buat PavlovaResepi dan cara membuat Pavlova. Jika sebelum ini blog lama Ammar yang free iaitu hosting percuma dari blogspot banyak berkongsi resepi masakan antaranya adalah seperti resepi tart telur, cheese cake, kek coklat lembab dan banyak lagi, kali ini untuk pertama kalinya di Blog Ammar yang menggunakan hosting berbayar, Ammar ingin berkongsi satu resepi masakan yang dipanggil “Resepi Pavlova”.

 

resepi pavlovaBagi sesiapa yang belum mencuba resepi pavlova ini bolehlah mencubanya di rumah untuk hidangan seisi keluarga kerana pavlova sangat sedap. Dengan buah-buahan diatasnya membuatkan ramai yang terliur apabila melihat pavlova ini. Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membuat pavlova ini. Caranya mudah sahaja dan nanti Ammar akan kongsi resepi ini dengan membaca sepenuhnya artikel ini.

 

tutorial cara buat pavlovaCara-cara untuk membuat Pavlova:

Resepi Pavlova

Bahan-bahan

4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

 

Topping/hiasan
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

 

Cara membuat

#Pukul putih telur dengan perlahan.
#Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
#Masukkan esen vanilla dan gaul.
#Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.

#Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
#Masukkan adunan ke dalam oven.
#Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
#Bakar selama satu jam.
#Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

About Ammar

Nama penuh saya Ammar Yasir Bin Che Hassan. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Pentadbiran Perniagaan di salah sebuah IPTA di Malaysia. Menjadikan penulisan blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat terkini. Mula sebagai sebagai seorang blogger aktif pada Disember 2010 sehingga sekarang.

29 comments

  1. yess..da jmpaaaa..fv2.. ^^

  2. mcm mane nk buat pavlova ni supaya xmelekat..mksd nye mase tuang dlm loyang sy alas dgn krtas minyak..then bile dh masak ia melekat kt krtas tu..so ade x care nk buat spy ia nye xmelekat..

  3. Amiza Ghazali

    nak order je boleh haha? sedap n nampak kemas je…..

  4. settle this holiday…

  5. meh dtg blaja ngan mama..haha

  6. KR Ab Rahaman

    sy nak tanya, naper erk sy buat rasa dia manis sangat? sy dah kurangkan gula..but still manis jugak…

  7. NasIr Ab Rahaman

    xpayah add sucrose laaaa…… try guna cream sajo…. aiyoooo!

  8. Ammar sgt hebat di mata sye..sanggub berkongsi ilmu di blognye….dgn semua peminat..

  9. salam sejahtera dan salam 1 malaysia…wowww nmpk sedp kek itu…cuba buat kt umh la…insyaALLAH j kot…hhehehhe

  10. bakar dlm loyang ke or atas pan oven tu? thanks

  11. wt kt aku ibah!! :D cm ang wt kek btik kt aku. hehehe

  12. mai rumah raya nanti :P Virgo's Violet

  13. ang wat eh pavlova ni nti msa rya?? aku nk mai ah! ;D

  14. x sangka kek ni begitu mudah…nk try buat la.

  15. perghhh leleyh seyhhh grrrr..

  16. rasa pavlova memang manis…sebab tu kena makan dengan buah yg masam2

  17. mohon share ya..napk mcm senang nk buat..

  18. jgn guna kertas…guna plastik bminyak

  19. Masita Binti Mohamad

    thanx ammar, dah buat, memg sedap, dah ikut banyak blog tak jadi.. ammar punye cara senang dan sedap..

  20. whipped cream xperlu putar ngan pape ke?
    plez answer me.

  21. sedap nyer..nk share dekat fb saya lah.bolehkan..:D

  22. yg tepung tu, sudu besar mcm mna ek? n whipped cream tu sapu terus saja di meringue tu, x pyh nak pukl lg meringue tu? n gula halus tu, klu gna gla icing blh?

  23. Salam, tumpang tanya. Saya dah buat pavlova ni banyak kali n dah survey banyak blog ttg cara dan tips membuat pavlova. Tp pavlova sy tetap tak jadi. Bukan tak jadi apa.. bila memukul meringue okey tp elok lepas bakar pavlova sy turun terus jadi kemek. Bila fikir semula ramai yg kata oven sy yg problem. Boleh berkongsi, oven apa yg ammar guna? Amat memerlukan bantuan. Tq..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge